Jimin memandang ke kiri dan ke kanan lalu tersenyum sendiri.Dia menuju ke arah beberapa orang pelajar perempuan.
"Hye."
Mereka berhenti berbual lalu memandang ke arah Jimin.Ada yang terkejut beruk,ada yang hampir pengsan sebab terlalu teruja.Kecuali seorang sahaja yang berdiam diri.
"Hye."kata mereka serentak.
"Nama aku Park Jimin.Mesti korang kenalkan."kata Jimin lalu tersenyum.
"Kenal sangat.Saya ni peminat awak tahu."kata salah seorang daripada mereka.
"Oh.."
Jimin seakan tertarik melihat seorang pelajar perempuan yang diam dari tadi.Dia memandang gadis itu tidak berkedip.Terlalu cantik.
Apabila dia sedar yang dia melihat gadis itu lama,dia memandang ke arah lain.Malu dengan diri sendiri.
"Ehem,siapa dekat sini yang single?"soalnya.
"Saya!"kata mereka serentak.
Jimin mencebik apabila gadis itu masih berdiam diri.Dia menuju ke arah gadis itu lalu menghulurkan tangannya.
"Jom,kita couple."kata Jimin selamba.
Mereka terkejut apabila melihat Jimin memilih gadis itu.Gadis itu memandang Jimin lalu menepis tangannya.
"Aku tak nak.Dahlah pendek."kata gadis itu lalu berlalu pergi.
Jimin terkejut.Ini pertama kali dia kena reject.Sebelum ni,dia bawa couple okey je.
Yang paling dia tak sangka,gadis itu cakap dia pendek.
Dia buat muka tak puas hati.
"Sampai hati Hyo Rin cakap Jimin pendek."kata salah seorang daripada mereka.
"Biarlah dia.Hyo Rin memang macam tu."
Jimin tersenyum apabila sudah mengetahui nama gadis itu.
"Hyo Rin,kau memang menarik."kata Jimin lalu pergi dari situ.
Tidak jadi dia mahu mencari kekasih baru.Yang dia inginkan sekarang ini adalah untuk mencuri hati gadis yang bernama Hyo Rin itu.
----------
✨Eun Ra pov
Aku hanya menggelengkan kepala apabila melihat Jimin ingin memikat perempuan itu.
Inilah penyebab dia selalu merayau-rayau.
Aku terus melangkah menuju ke perpustakaan.Aku memang akan pergi ke sana kalau aku bosan.
Setelah sampai di perpustakaan,aku terus mencari buku yang ingin dibaca.Aku memang rajin membaca.
Err,kenapa aku suka puji diri sendiri ni?
Aku berhenti melangkah apabila terlihat buku yang menarik.Bila aku nak ambil buku tu,tapi tak sampai pula sebab aku pendek.
Inilah yang aku tak suka,ambil benda yang diletakkan di tempat yang tinggi.
"Perlukan pertolongan ke?"
Macam kenal je suara ni.
Aku memandang yang empunya suara itu lalu mencebik.Siapa lagi kalau bukan Jungkook.
"Tak payah.Aku tak perlukan pertolongan kau."kata aku lalu ingin pergi dari situ.
Tapi dia sempat tarik tangan aku.Dia tersenyum sinis lalu mencubit pipi aku.
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
FanfictionBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020