Eun Ra mengigit bibir bawahnya lalu menekup mukanya dengan tangan. Dia malu.
"Bodoh kau, Jungkook!"jerit Eun Ra sekuat hati.
"Apa kau cakap?"kata seseorang dari belakangnya.
"Eh, boss."kata Eun Ra lalu tersenyum kekok.
"Kau buat apa dekat luar ni? Dekat luar ni sejuk, kalau demam macam mana?"kata Jungkook lalu duduk disebelah Eun Ra.
"Saya yang demam, bukan awak."kata Eun Ra sambil berpeluk tubuh.
"Masih marah ke? Maaflah pasal tadi, aku tiba-tiba tak dapat kawal diri aku."kata Jungkook sambil mengusap tengkuknya.
"Tch, penipu. Cakap jelah yang awak teringin sangat nak cium saya kan!"kata Eun Ra sambil memandang.
Jungkook memandang wajah gadis itu lalu memeluknya dengan erat.
"I'm sorry. Lain kali aku minta kebenaran dari kau ye?"kata Jungkook.
"Eyy, awak merepek apa ni. Lepaskan sayalah."kata Eun Ra sambil menolak tubuh Jungkook supaya meleraikan pelukan tetapi tidak.
"Alalala, masih merajuk lagi sayang kita ni. Janganlah merajuk."kata Jungkook.
"Saya tak merajuklah. Lepas!"kata Eun Ra.
"Tak nak!"kata Jungkook sambil senyum.
"Kalau awak tak lepaskan saya, saya gigit awak nanti. Awak jangan menyesal pula."kata Eun Ra.
"Gigitlah, tak takut pun."kata Jungkook.
Eun Ra mendengus geram lalu mengigit leher milik Jungkook. Kerana itu, Jungkook terus melepaskan pelukan.
Dengan peluang yang ada, Eun Ra terus melepaskan diri lalu masuk ke dalam rumah.
Jungkook memegang lehernya yang digigit oleh Eun Ra sambil membuat muka terkejut.
"Ini pertama kali ada nyamuk besar gigit aku."katanya sendirian.
---------------
Eun Ra berhenti berlari apabila dia sudah sampai di ruang tamu. Beomgyu dan Joo Hyuk yang seronok menonton televisyen itu terus memandang ke arahnya.
"Kenapa Eun Ra? Macam baru lepas kena kejar dengan anjing jer."kata Joo Hyuk.
"Tak, mana ada. Saya baru lepas pergi bersenam ni, ha."kata Eun Ra lalu duduk di atas sofa.
Tak lama selepas itu, Jungkook pun berada di ruang tamu. Mereka bertiga memandang ke arahnya.
Eun Ra membulatkan matanya lalu menutup mukanya dengan bantal kusyen.
"Jungkook, kenapa dengan leher kau tu? Lain macam jer."tegur Joo Hyuk sambil memandang ke arah leher Jungkook.
"Ada nyamuk besar yang gigit ni, ha. Ini first time aku dapat."kata Jungkook dengan nada yang kuat sambil memandang ke arah Eun Ra yang masih menutup mukanya dengan bantal kusyen.
"Nyamuk besar?"kata Beomgyu dan Joo Hyuk serentak sambil memandang ke arah Eun Ra.
"Eun Ra, awak ke nyamuk besar tu?"tanya Beomgyu terus terang.
"What the fish! Bukan saya lah!"marah Eun Ra.
"Eh, kenapa marah? Saya tanya jer tadi."kata Beomgyu.
"Oh yeke, heheh."kata Eun Ra lalu tersenyum malu.
"Ish, lupakan pasal nyamuk besar tu. Sekarang dah pukul 9 malam. Korang tak nak tidur ke?"kata Jungkook.
"Belum lagi. Kitorang nak tengok cerita ni lagi."kata Joo Hyuk.
"Suka hati koranglah. Eun Ra..."kata Jungkook sambil menarik bantal kusyen yang dipegang oleh Eun Ra.
"A-apa?"kata Eun Ra sambil memandang ke arah Jungkook.
"Kau pergi tidur sekarang. Tak elok tidur lambat ni."kata Jungkook.
"Tak nak!"kata Eun Ra.
"Aip! Kau sebagai P.A aku kena dengar cakap aku. Pergi tidur sekarang."kata Jungkook dengan nada tegas.
"Baik boss."kata Eun Ra lalu bangun.
♥TBC♥
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
FanfictionBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020