Mereka mendiamkan diri masing-masing sejak masuk ke dalam kereta.
Jungkook menghentikan keretanya di hadapan rumah Selena lalu berdehem.
"Keluar."kata Jungkook sambil memandang Selena yang berada dibelakang.
Selena mendengus kasar lalu keluar daripada kereta.Pintu kereta ditutup kasar.Dia merajuk.
Jungkook berdecit lalu memandang ke hadapan semula.Tali lehernya dilonggarkan.Panas.
"Aku nak minta maaf pasal tadi."kata Eun Ra sambil menundukkan kepalanya.
Dia masih malu dengan kejadian yang berlaku disekolah tadi.
Jungkook terus memandu keretanya lalu memandang Eun Ra sekilas.
"Tak apa."kata Jungkook.
Eun Ra memandang Jungkook yang berada di sebelahnya.Lelaki itu terlalu kacak di matanya.
"Kacak.."kata Eun Ra tanpa dia sedari.
"Apa?Kau cakap apa tadi?"soal Jungkook.
"Tak ada apa-apa."kata Eun Ra lalu memandang ke arah lain.
"Okey."kata Jungkook sepatah.
"Jungkook,aku nak bagitahu kau sesuatu."kata Eun Ra lalu berdehem.
"Bagitahu apa?"soal Jungkook.
"Jangan lupa datang ke majlis perkahwinan nenek aku dan cikgu Lee Jong Suk,minggu depan."kata Eun Ra.
Jungkook tertawa kecil lalu memandang sekilas Eun Ra yang berada di sebelahnya.
"Okey,aku dah tahu pasal tu.Jangan risau,aku akan datang ke majlis tu."kata Jungkook lalu senyum.
-------------
Eun Ra keluar dari kereta milik Jungkook.Dia terkejut apabila melihat puan Lee berdiri dihadapan pintu sambil bercekak pinggang.
Puan Lee menuju ke arah Eun Ra lalu menunjal dahinya.
"Oh,patutlah balik lambat.Rupanya kau pergi keluar dengan lelaki tu."kata puan Lee.
"Puan dah salah faham.Saya balik lambat sebab—"
"Argh,aku tak nak dengar apa yang kau cakap.Sekarang kau masuk dalam rumah."kata puan Lee sambil menarik rambut Eun Ra.
Jungkook yang melihat puan Lee berbuat begitu terus keluar dari kereta.
"Jangan buat dia macam tu,mak cik!"kata Jungkook sambil menuju ke arah mereka.
Puan Lee melepaskan rambut Eun Ra lalu bercekak pinggang.
"Kau jangan sibuk."kata puan Lee.
Jungkook menarik tangan Eun Ra supaya berdiri di belakangnya.
"Saya tak boleh biarkan mak cik buat macam tu dekat dia."kata Jungkook.
"Apa yang sedang berlaku ni?"
Puan Lee terus menundukkan kepalanya apabila ternampak nenek Lee yang baru balik dari pasar.
Eun Ra menuju ke arah nenek Lee lalu memeluknya erat.Dia takut.
---------------
Nenek Lee menggelengkan kepalanya apabila mendengar apa yang Eun Ra katakan.Wajah puan Lee dipandang sekilas.
Jungkook sudah pun pulang kerana tidak mahu masuk campur.
"Apa lagi yang kamu tak puas hati dengan cucu saya,Fak Yu?"soal nenek Lee.
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
أدب الهواةBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020