15♥

274 22 65
                                    

Taehyung menggosok matanya lalu menguap.Dia masih mengantuk.

"Taehyung,tolong ibu beli sayur.Kamu beli apa yang ibu tulis dekat kertas."kata puan Kim sambil menghulurkan kertas kepada Taehyung.

"Nantilah Taehyung beli.Sarapan pagi pun belum lagi."kata Taehyung sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Eh,macam mana ibu nak buat sarapan pagi kalau barang makanan tak ada."kata puan Kim.

"Itulah,asyik sibuk nak membawang dengan jiran je kerja.Sampaikan barang makanan dekat dapur tu tak di beli.Kalau ayah tahu mesti dia marah."kata Taehyung sambil mengambil kertas itu tadi.

"Apa kamu cakap?Ibu tak dapat dengar dengan jelas."kata puan Kim sambil bercekak pinggang.

"Tak ada apa-apa.Mana duit untuk beli semua barang ni?"kata Taehyung sambil memandang puan Kim.

"Nah,guna duit tu untuk beli barang tu je.Jangan beli benda lain pula.Kalau ibu tahu,siap lah kamu."kata puan Kim sambil menghulurkan duit kepada taehyung.

"Taehyung,tahulah."kata Taehyung sambil mengambil duit itu.

----------------

Eun Ra membuka pintu rumahnya apabila terdengar loceng rumah berbunyi.Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal apabila melihat seseorang berdiri di depan pintu.

"Nenek kamu ada dekat rumah tak?"soal lelaki itu.

Siapa lagi kalau bukan cikgu Lee Jong Suk.Bakal suami nenek Lee.

"Ada.Jemputlah,masuk."kata Eun Ra lalu memberikan laluan kepada cikgu Lee Jong Suk supaya masuk ke dalam rumah.

Dia menutup pintu setelah cikgu Lee Jong Suk masuk.

"Eh,awalnya sayang datang."kata nenek Lee sambil duduk disebelah cikgu Lee Jong Suk.

"Tak salah pun sayang datang awal."kata cikgu Lee Jong Suk lalu senyum.

"Hm,yelah.Sayang masih nak teruskan perkahwinan kita ke?Yelah,baby kan dah tua dari sayang."kata nenek Lee lalu menundukkan kepala.

"Apa yang baby cakapkan ni,mestilah sayang akan teruskan perkahwinan kita.Dengar sini baby,cinta tak kira umur."kata cikgu Lee Jong Suk sambil memegang tangan nenek Lee.

Nenek Lee rasa terharu apabila mendengar cikgu Lee Jong Suk bercakap begitu.

"Aww,sebab inilah baby makin bertambah cinta dekat sayang."kata nenek Lee lalu senyum.

Eun Ra hanya berada di situ hanya berdiam diri sahaja.Tidak mahu masuk campur dalam perbualan mereka.

Dia bangun dari duduk lalu menuju ke arah dapur.Tekaknya terasa haus.Wajahnya berubah apabila terlihat ibu tirinya yang sedang bersandar di kabinet dapur.

"Ergh,menyampahnya bila tengok mereka berbaby sayang.Dahlah dapat bakal suami muda."kata puan Lee sambil berpeluk tubuh.

"Ish,aku pun nak dapat suami muda jugalah."sambungnya lalu tersenyum lebar.

"Ayah saya masih lagi kelihatan muda kenapa nak cari yang lain pula?"soal Eun Ra lalu membuka peti sejuk.

"Eh,suka hati akulah nak cari yang lain.Kenapa kau nak menyibuk?"kata puan Lee.

"Nak saya bagitahu ayah ke?"soal Eun Ra lalu tersenyum sinis.Sengaja dia bercakap begitu.

"Kau jangan.Aku bunuh kau nanti."kata puan Lee lalu mengambil pisau.

"Puan bunuh saya,puan akan masuk penjara."kata Eun Ra.

Puan Lee mendengus geram lalu meletakkan pisau itu di atas meja.Sakit pula hatinya.Eun Ra sudah pandai melawan cakap nya.

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now