Eun Ra memeluk tubuhnya sendiri.Menunggu Jungkook datang mengambilnya.
Tepat pada pukul tujuh,sebuah kereta berhenti di hadapan rumahnya.
"Sampai pun."kata Eun Ra lalu membuka pintu kereta.
"Dah lama ke kau tunggu tadi?"tanya Jungkook.
"Tak."kata Eun Ra lalu menutup pintu kereta.
"Baguslah kalau macam tu."kata Jungkook lalu memandu keretanya.
"Kau memang menepati masa."
Jungkook memandang Eun Ra sekilas lalu senyum.
"Memanglah.Tak baik kalau aku buat kau tertunggu-tunggu."kata Jungkook.
Eun Ra memandang Jungkook lalu menganggukkan kepalanya.Betullah apa yang Jungkook cakapkan tu.
"Beruntunglah siapa yang dapat kau."kata Eun Ra lalu memandang ke arah lain.
"Kaulah orang yang beruntung tu."kata Jungkook lalu tersenyum manis.
Eun Ra terdiam.Jungkook ni memang suka membuat hatinya bergedup laju.
-------------
Eun Ra dan Jungkook masuk ke dalam cafe bersama.Jin yang sedang mengelap meja itu tersenyum apabila melihat mereka.
"Eh,datang berdua.Korang ada apa-apa hubungan ke ni?"kata Jin sambil memandang Jungkook dan Eun Ra.
Baru sahaja Eun Ra ingin menjawab tapi Jungkook yang terlebih dahulu menjawab.
"Ha'ah,kami couple.Kami saling mencintai antara satu sama lain."kata Jungkook sambil memegang bahu Eun Ra.
Terbeliak mata Eun Ra apabila mendengar Jungkook bercakap begitu.Pinggang Jungkook di cubit.
Dahi Jungkook berkerut menahan sakit.
"Bila masa pula aku couple dengan kau ni."bisik Eun Ra sambil memandang wajah Jungkook.
"Sejak kita berjumpa lagi."kata Jungkook lalu senyum.
"Eh,merepek saja kau ni."kata Eun Ra.
Jin memandang mereka berdua lalu menggelengkan kepala.
"Korang tak nak duduk ke.Tak ada punggung ke apa?"kata Jin tiba-tiba.
"Eh,mestilah ada.Nak tengok ke?"kata Jungkook lalu tergelak kecil.
Sejak Jungkook berjumpa dengan Eun Ra,dia lebih suka senyum dan gelak dengan orang yang rapat dengan dia.
"Ish,tak naklah.Aku punya dah ada.Korang duduklah.Dekat sana ada tempat kosong.Nanti aku buatkan air untuk korang."kata Jin sambil menunjuk ke arah tempat yang masih kosong.
"Heheh,baiklah.Jom,Eun Ra."kata Jungkook sambil menarik tangan Eun Ra.
Mereka duduk ditempat yang masih kosong itu.Jungkook memandang Eun Ra yang duduk di hadapannya lalu senyum.
"Nanti aku nak bawa kau ke suatu tempat.Aku harap,kau akan sukakannya."kata Jungkook.
"Tengoklah nanti,aku suka atau tidak."kata Eun Ra.
Jungkook menganggukkan kepala lalu memandang sekeliling cafe itu.Tiba-tiba,dia terlihat beberapa orang lelaki sedang memandang ke arah peha Eun Ra.
Jungkook membuka baju jaket miliknya lalu memandang Eun Ra.
"Eun Ra,tutup peha kau guna ni."kata Jungkook sambil menghulurkan jaket.
"Kenapa?"tanya Eun Ra.
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
FanfictionBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020