"Ayah, mari makan."panggil Eun Ra dari dapur.
Hanya mereka berdua sahaja ada di rumah. Nenek Lee tinggal di rumah suaminya.
"Ayah..."
Eun Ra mengerutkan dahinya apabila encika Lee tidak menjawap. Dia terus menuju ke arah ruang tamu.
Dia melihat ayahnya sedang termenung.
"Ayah fikir apa tu?"
Encik Lee tersentak apabila mendengar suara Eun Ra. Dia memandang ke arah anaknya itu lalu tersenyum.
"Tak ada fikir apa-apa."kata encik Lee.
"Sudahlah, ayah. Tak perlu nak tipu, Eun Ra. Eun Ra tahu yang ayah masih fikirkan tentang perkara tu."kata Eun Ra.
"Kamu ni sama macam ibu kamu. Semua benda dia tahu, hahah."kata encik Lee lalu tertawa.
"Heheh, marilah ayah. Kita makan bersama-sama, Eun Ra dah masak."kata Eun Ra.
--------------
"Auch! Perlahan-lahan lah sikit, sakit tahu tak."kata Jimin sambil mengerutkan dahinya.
Dia baru sahaja dibelasah oleh cikgu Yoongi tadi, tapi tidaklah teruk sangat.
"Tahanlah sikit, awak tu lelaki."kata Hyo Rin lalu mencebik.
"Yelah yelah, nasib baik tahu saya masih tahanlah lagi. Kalau tidak dah lama nyawa saya melayang."kata Jimin.
"Tak ada lah sampai macam tu sekali, abang saya tu masih berperikemanusiaan. Mungkin dia nak uji awak."kata Hyo Rin.
"Yelah yelah."
"Ehem!"
Mereka berdua terus memandang ke arah cikgu Yoongi yang tiba di ruang tamu.
"Hyo Rin, pergi masuk ke bilik kau sekarang. Abang nak bercakap dengan Jimin."kata cikgu Yoongi sambil berpeluk tubuh.
"Tapi—"
"Masuk aku kata, jangan melawan boleh tak!"
Mood cikgu Yoongi masih tidak begitu baik, bila-bila masa sahaja dia boleh mengamuk.
"Pergilah Hyo Rin, jangan risaukan aku."kata Jimin lalu tersenyum nipis.
Hyo Rin terus meninggalkan mereka berdua di ruang tamu setelah mendengar Jimin bercakap begitu.
Cikgu Yoongi terus duduk dihadapan Jimin sambil memandangnya tajam.
"Kamu tahu apa kesalahan yang telah kamu lakukan?"soal cikgu Yoongi.
"Tahu cikgu. Tapi saya buat semua tu sebab nak berjumpa dengan Hyo Rin."kata Jimin.
"Yang salahnya. Kamu dah buat cikgu tersuka kan kamu, bongok. Itulah,siapa suruh jadi perempuan."kata cikgu Yoongi dengan berterus terang.
"C-cikgu suka saya? Cikgu gay ke?"soal Jimin dengan beraninya.
"Perasaan tu dah hancur jadi abu bila dapat tahu yang itu kamu. Maaflah, cikgu bukan gay."kata cikgu Yoongi.
"Okey, kita tukar topik. Betul ke kamu cintakan adik cikgu?"
"Ya betul. Saya cintakan dia."kata Jimin dengan penuh bersemangat walaupun lepas kena belasah.
"Hmm, kamu lulus Park Jimin. Tahniah, saya restu hubungan kamu berdua. Tapi kena jaga adik saya dengan baik."kata cikgu Yoongi.
"Yahooo, terima kasih cikgu Yoongay. Saya sayang cikgu, muah!"kata Jimin sambil mencium tangan cikgu Yoongi.
"Apa kamu cakap tadi, Park Jimin? Cikgu Yoongay?"kata cikgu Yoongi sambil mengambil rotannya yang ada di atas meja.
"Errr, saya balik dulu. Bye!"
"Park Jimin!!!!"
------------
"Ji Yeon!!! Woi!Bukak pintu ni!"kata Taehyung sambil mengetuk pintu rumah Ji Yeon berkali-kali.
Ji Yeon yang sedang berseronok menonton drama terus cepat-cepat buka pintu. Dia terus menjeling Taehyung yang berada di hadapan pintu.
"Kau nak apa? Terjerit-jerit macam orang terkena histeria."kata Ji Yeon dengan nada yang marah.
"Woi, ada orang curi..ada orang curi.."kata Taehyung sambil memegang bahu Ji Yeon.
"Curi apa?!"kata Ji Yeon dengan nada yang tinggi.
"Ada orang curi hati aku..."kata Taehyung lalu ketawa.
"Tak guna kau Taehyung, sengaja nak buat aku marah ye."kata Ji Yeon sambil mengambil selipar jepun di rak kasut.
"Woi woi, kau nak buat apa ni.."kata Taehyung sambil membuat muka terkejut apabila melihat Ji Yeon memegang selipar.
"Kau rasa?"kata Ji Yeon lalu tersenyum jahat.
♡TBC♡
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
FanficBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020