36♡

191 14 10
                                    

"Hm, ini bilik kau. Kau pergilah mandi."kata Jungkook sambil menunjuk jari ke sebuah bilik.

"Baiklah, boss."kata Eun Ra sambil membawa bagasi dan barang miliknya ke dalam bilik.

"Jangan lama sangat. Kalau dah siap terus turun bawah."kata Jungkook lalu menuruni tangga.

Eun Ra hanya menganggukkan kepala lalu masuk ke dalam bilik air. Ingin mandi.

Tiba-tiba ada orang masuk ke dalam bilik itu tanpa pengetahuannya.

"Hmm, mana Jungkook  ni pergi hah. Ke dia pergi mandi?"kata Joo Hyuk sambil mengaru kepalanya.

Joo Hyuk memandang ke arah bilik mandi apabila terdengar seperti ada orang di dalam. Dia berjalan mendekati pintu bilik air lalu mengetuknya.

"Jungkook! Kau ada nampak tali leher aku tak? Aku nak pergi kerja cepat-cepat ni."kata Joo Hyuk.

Eun Ra yang berada di dalam tidak mendengar apa-apa kerana dia tertidur dalam tub mandi.

"Yaish, aku dah lambat ni. Terpaksa lah aku sendiri yang buka pintu ni."kata Joo Hyuk lalu mengambil kunci yang berada di dalam laci.

Dia membuka pintu bilik air itu lalu masuk ke dalam. Matanya membulat apabila melihat seorang gadis sedang tidur di dalam tub mandi, tapi nasib baiklah Eun Ra tu masih pakai pakaian.

"Ya Tuhan, apa yang aku tengok ni. Sejak bila ada perempuan dalam rumah ni."

"Joo Hyuk! Kau buat apa tu, gila!"marah Jungkook yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik itu.

Eun Ra yang tertidur dalam tub mandi tadi terus terbangun lalu menjerit.

"Arghhh!!!"

-------------------

Jungkook memandang ke arah Eun Ra yang masih marah tentang apa yang terjadi tadi.

"Maafkan aku pasal perkara tadi. Sepatutnya aku bagitahu dulu dekat Joo Hyuk sebelum kau ada dekat sana. Sebenarnya itu bilik aku, sebab itu dia ingat aku yang tengah mandi masa tu."kata Jungkook.

"Nasib baik saya masih pakai pakaian masa itu tahu tak! Kalau saya tengah bogel macam mana?! Mana saya nak letak muka saya ni, saya ni ada harga diri tahu tak!"marah Eun Ra sambil mengesat air matanya.

"Hm, sorry. Tapi percayalah, aku dan Joo Hyuk tak bermaksud pun nak buat macam tu dekat kau."kata Jungkook.

"Lepas ni, saya tak nak benda macam ni berlaku dah."kata Eun Ra.

"Baiklah baiklah. Janji, lepas ni tak jadi macam tu lagi."kata Jungkook.

"Tapi, salah saya juga sebab tertidur masa tu."kata Eun Ra sambil menundukkan kepala.

"Dah lah, jangan nangis-nangis. Kita dah nak sampai tempat kerja ni, kalau orang tengok nanti. Mereka mesti salah sangka pula."pujuk Jungkook.

❤️TBC❤️

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now