16♥

251 19 68
                                    

"Saya balik dulu,awak jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa telefon saya."kata Eun Ra sambil berdiri dari duduk.

Jungkook menarik tangan Eun Ra supaya dia duduk semula.

"Temankan saya dekat rumah hari ni."kata Jungkook.

"Eh,mana boleh macam tu. Nanti keluarga saya risau."kata Eun Ra sambil mengerutkan dahinya.

"Siapa kata tak boleh. Awak telefon lah keluarga awak,bagitahu mereka yang awak bermalam dekat rumah saya hari ni."kata Jungkook.

"Yelah yelah,nanti saya telefon mereka."kata Eun Ra lalu duduk semula di atas sofa.

Jungkook tersenyum lebar lalu memeluk tubuh Eun Ra dengan erat.

"Terima kasih. Sebab itulah saya semakin sayang dekat awak,muah."kata Jungkook lalu mencium pipi Eun Ra sekilas.

Terbeliak mata Eun Ra apabila Jungkook mencium pipinya.Pipinya merona merah kerana malu yang teramat.

"Ish,apa ni. Malu lah saya."kata Eun Ra sambil menolak tubuh Jungkook.

"Eyy,comelnya dia bila malu."kata Jungkook sambil mencubit pipi Eun Ra.

"Hey,stob it!"kata Eun Ra sambil memandang Jungkook.

"Pfftt,stop it lah bukan stob it."kata Jungkook lalu tertawa kecil.

"Eh,betul lah tu.Awak yang salah."kata Eun Ra lalu berpeluk tubuh.

-----------------

Encik Lee meneguk segelas teh sambil memandang komputer riba miliknya.Puan Lee memandang sekilas ke arah suaminya lalu berdehem.

"Sayang.."

"Hm,ada apa."kata Encik Lee tanpa memandang Puan Lee.

"Saya nak minta duit."kata Puan Lee sambil memegang tangan suaminya.

"Baru semalam awak minta duit dari saya, tak akan lah dah habis."kata Encik Lee sambil memandang isterinya.

"Ha'ah, dah habis. Awak cuma bagi saya dua ribu jer semalam."kata Puan Lee.

Encik Lee memicit-micit dahinya lalu mengeluh kecil. Pening dengan sikap isterinya yang suka menghabiskan duit.

"Duit yang saya bagi semalam awak guna untuk apa? "soal Encik Lee.

"Saya guna untuk beli pakaian baru."kata Puan Lee.

"Hey, banyak tahu pakaian yang awak dah beli sebelum ni. Tak akanlah tak cukup."kata Encik Lee.

"Apa salahnya, kawan-kawan saya pun selalu beli baju baru. Awak nak bagi saya duit atau tidak ni. "

Encik Lee menghulurkan duit kepada Puan Lee sambil memandangnya.

"Saya bagi awak dua ratus jer. "kata Encik Lee.

"Eh, mana cukup—"

Puan Lee berhenti bercakap apabila mendengar telefon Encik Lee berdering. Encik Lee mengangkat panggilan tersebut sambil memandang Puan Lee yang berada di sebelahnya.

"Hello, ada apa kamu telefon ayah ni? "soal Encik Lee.

"Saya nak bagitahu yang saya tak balik rumah nanti, saya bermalam dekat rumah kawan saya."kata Eun Ra di dalam talian.

"Oh, baiklah kalau macam tu. Jaga diri tahu dekat sana. Kalau ada apa-apa telefon ayah. "kata Encik Lee.

"Baiklah, ayah. "kata Eun Ra lalu menamatkan panggilan.

--------------

"Hm, macam mana? "tanya Jungkook

"Ya, ayah saya suruh. "kata Eun Ra sambil meletakan telefon di atas meja.

"Yeay, bolehlah saya luangkan masa dengan awak hari ni."kata Jungkook lalu senyum.

"Yelah, kita nak buat apa sekarang ni?"soal Eun Ra sambil memandang Jungkook.

"Kita buat baby nak?"kata Jungkook lalu tersenyum miang.

"Lebih baik awak jangan fikir yang bukan-bukan kalau tak nak saya sumbat selipar jamban dalam mulut awak."kata Eun Ra sambil menunjukkan jari ke muka Jungkook.

Jungkook terus terdiam apabila Eun Ra bercakap begitu. Dia takut.

Garang juga Eun Ra ni. Sama macam dia di sekolah.

--------------

"Janam janam janam saath chalna yunhi. Kasam tumhe kasam aake milna yahin."

Taehyung mengerutkan dahinya apabila melihat Jimin bernyanyi di hadapan rumah cikgu Yoongi sambil menari-nari.

Dia baru sahaja balik dari membeli barang di pasar.

"Kau buat apa ni, Jimin? Tak malu ke orang tengok. "kata Taehyung sambil menuju ke arah Jimin.

"Aku tengah berusaha untuk pikat hati Hyo Rin lah. Ada lah rasa malu sikit. "kata Jimin.

"Pikat hati Hyo Rin dengan cara ni? Pffftt, salah cara kau ni. Sepatutnya kau kena tahu semua tentang dia terlebih dahulu."kata Taehyung.

"Macam mana?"tanya Jimin sambil mengerutkan dahinya.

"Kau tanyalah kawan-kawan dia."kata Taehyung.

"Ish, betullah. Tak terfikir pula aku."kata Jimin sambil menepuk dahinya.

"Itulah kau, lain kali guna otak untuk berfikir. Bukannya guna lutut. "kata Taehyung dengan selamba.

"Apa kau cakap?!"kata Jimin sambil membuka selipar miliknya untuk menampar Taehyung.

Taehyung terlebih dahulu masuk ke dalam rumahnya kerana dia tahu yang Jimin akan marah.

"Ish, ada ke patut dia cakap macam tu dengan aku depan-depan."kata Jimin sambil menggunakan semula selipar nya.

Hati Jimin mula tenang bila melihat seseorang yang dia cinta keluar dari rumah. Dia melambaikan tangannya ke arah gadis itu sambil tersenyum.

"Hi, kekasih hatiku. Kau buat apa tu?"kata Jimin sambil menuju ke arah Hyo Rin.

"Hmm, tengah memancing ikan."kata Hyo Rin dengan malas sambil menjemur pakaian.

"Eh, kau tengah jemur kain lah."kata Jimin lalu tertawa kecil.

"Kalau dah tahu, buat apa tanya lagi."kata Hyo Rin.

"Kau tahu tak apa perbezaan kau dengan hantu? "kata Jimin sambil memandang Hyo Rin.

"Tak tahu dan aku nak ambil tahu."kata Hyo Rin tanpa memandang Jimin.

"Perbezaan kau dengan hantu ialah hantu menakutkan dan kau membahagiakan. "kata Jimin lalu tersenyum lebar.

"Hmm, yelah. Lebih baik kau pergi balik rumah sekarang, kalau abang aku nampak. Habislah kau nanti. "kata Hyo Rin.

"Eh, kau risaukan aku ke?"soal Jimin sambil memandang Hyo Rin.

"Mana ada, aku cuma cakap jerr."kata Hyo Rin lalu masuk ke dalam rumah.

"Yeahh, bercakap sekejap dengan dia pun jadilah. "kata Jimin.

--------------

"Awak tak pergi bekerja ke hari ni,Jungkook? "soal Eun Ra sambil memandang Jungkook.

"Saya pergi bekerja nanti. Awak nak ikut saya pergi ke tempat kerja ke? "kata Jungkook sambil memandang Eun Ra.

"Boleh juga. "kata Eun Ra lalu senyum.

"Hm, baguslah tu. Risau pula saya kalau saya tinggalkan awak seorang diri dekat sini nanti."kata Jungkook lalu senyum.

"Tapi, awak boleh bekerja ke. Yelah, awak kan cedera."kata Eun Ra.

"Mestilah boleh, saya kan kuat macam besi."kata Jungkook lalu tertawa kecil.

"Kuat macam besi konon."kata Eun Ra sambil mencubit peha Jungkook.

"Yah, sakitlah."

♥️TBC♥️

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now