21♥

207 18 52
                                    

"Hiks, tahniah sahabat. Untunglah kau dapat suami muda, malam nanti mesti seronok kan?"kata sahabat kepada nenek Lee.

"Eh, apalah kau ni. Malulah aku."kata nenek Lee lalu tersenyum malu.

Jungkook dan Eun Ra yang berada tidak jauh daripada mereka hanya berpandangan sesama sendiri.

"Nenek awak dah kahwin. Kita bila lagi?"kata Jungkook tiba-tiba sambil memandang Eun Ra.

"Sabarlah, kita masih muda lagikan. Kerja pun belum lagi. Kalau awak kemaruk sangat nak kahwin, awak kahwinlah dengan kucing kurap tu."kata Eun Ra sambil menjeling sekilas.

"Buat apa saya nak kahwin dengan kucing kurap kalau saya dah ada awak."kata Jungkook sambil memeluk pinggang Eun Ra.

"Ehem ehem, aku hauslah Jimin. Mana air."kata Taehyung sambil memegang bahu Jimin.

"Dekat sana ada longkang. Kau pergilah minum air longkang tu kalau haus sangat."kata Jimin dengan selamba.

"Sampai hati kau,ek."kata Taehyung sambil menolak kepala Jimin.

"Ya, aku ni kadang-kadang jahat. Kadang-kadang baik."kata Jimin.

------------

Encik Lee masuk ke pergi ke hospital setelah majlis perkahwinan nenek Lee selesai. Sejambak bunga ros dibawa bersama.

"Hmm, rindunya dekat isteri yang tersayang."kata encik Lee lalu masuk ke dalam wad.

Encik Lee terkejut apabila melihat beberapa orang berada di dalam wad. Dia mula hairan.

"Inspektor Kim? Apa yang kau lakukan disini?"soal encik Lee kepada inspektor Kim.

"Mengikut apa yang kami telah siasat, puan Choi Fak Yu yang telah melangar puan Lee dulu."kata inspektor Kim.

"A-apa?"

Sejambak bunga yang dibawanya tadi terlepas dari tangan lalu jatuh ke atas lantai. Hatinya hancur berkecai apabila mendengar yang inspektor Kim bagitahu tadi.

"T-tidak sayang, semua ini bohong. Bukan saya yang bunuh dia. Sayang, percayalah saya."kata puan Lee lalu menangis teresak-esak.

"Kau tak payah nak tipu akulah lagi, semua nya dah terbukti. Kenapa kau bunuh dia, Fak Yu? Kenapa?!"jerkah encik Lee lalu ingin menuju ke arah puan Lee tapi ditahan oleh inspektor Kim.

"Bawa bersabar, encik Lee."

"Aku benci dia, Min Ho. Aku benci dia. Semua yang dia nak, dia dapat. Aku dah lama suka dekat kau. Tapi dia yang dapat kau sebab tu aku bunuh dia."kata puan Lee.

"Sila tangkap pembunuh tak guna ni, inspektor Kim. Dan aku mahu kita bercerai, Fak Yu. Aku tak mahu bersama dengan pembunuh isteri aku lagi."kata encik Lee dengan perasaan marah dan kecewa.

"S-sayang..."

"Berhenti panggil aku macam tu, pembunuh! "jerkah encik Lee lalu keluar dari wad itu.

"Sayang!! Sayang!!"panggil puan Lee.

----------------

"Jungkook dah balik."kata Jungkook lalu masuk ke dalam rumahnya.

"Eh, tak bagitahu eomma dan appa pun yang kamu nak balik."kata puan Jeon.

"Heheh, saja nak bagi kejutan dekat eomma dan appa. Kook pergi naik atas dulu, penatlah."kata Jungkook sambil melonggarkan tali lehernya.

"Baiklah Jungkook, nanti turun balik. Eomma nak masak sesuatu untuk kamu."kata puan Jeon.

"Baik, eomma."kata Jungkook lalu menaiki tangga.

Setelah sampai di hadapan biliknya, dia memulas tombol pintu biliknya tapi tidak dapat dibuka.

"Aik, berkunci lah pula."kata Jungkook lalu mengaru kepalanya.

Jungkook pov

Terpaksa lah aku cari kunci dekat dalam bilik eomma dan appa. Aku terus masuk ke dalam bilik tanpa kebenaran eomma, aku malas nak turun balik.

"Hm, mesti ada dekat dalam laci meja. "kata aku lalu membuka laci meja.

Aku tersenyum apabila melihat kuci bilik aku ada dekat sini. Bila aku nak tutup semula, ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Surat? Surat apa ni.

Aku terus ambil surat itu dan baca.

"A-apa semua ni..."

Aku tak tahu nak cakap apa lagi bila dah baca surat ni. Rasa marah pun ada.

"Kook! Apa yang kamu buat dekat dalam bilik ni?"kata eomma yang tiba-tiba datang.

"Eomma, tolong jelaskan kepada Kook. Apa semua ni? Selena adik kembar Kook?"kata aku sambil menunjukkan surat itu kepada eomma.

Eomma kelihatan terkejut apabila mendengar apa yang aku katakan.

"K-kook, sebenarnya. Selena tu anak angkat mak cik Park. Dia adik kembar kamu Kook. Dia anak kandung eomma. Eomma bagi Selena dekat mak cik kamu sebab dia tak ada anak."kata eomma sambil memegang tangan aku.

"Tapi kenapa baru sekarang eomma bagitahu, Kook. Kenapa tak dari dulu? Eomma tahu tak yang Selena dah jatuh cinta dengan abang kandung dia sendiri."kata aku dengan perasaan marah.

Air mata aku mengalir. Aku kecewa, aku kecewa sangat-sangat.

"A-apa?"

Eomma memegang kepalanya apabila mendengar apa yang aku baru katakan tadi. Aku cepat pegang bahu eomma.

"E-eomma!"

End Jungkook pov

🌾TBC🌾

A/N:Semuanya berlaku secara mengejut, hahahah.

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now