18♥

230 18 43
                                    

"Doktor, saya nak tanya. Bila isteri saya boleh balik?"kata encik Lee kepada doktor Justin.

"Buat masa ni, dia belum boleh balik lagi. Jadi dia akan berada di sini untuk beberapa hari."kata doktor Justin.

"Oh, baiklah jika begitu."kata encik Lee lalu tersenyum nipis.

"S-sayang?"

Encik Lee cepat-cepat menuju ke arah puan Lee yang sudah sedarkan diri.Tangan isterinya digenggam erat.

"Akhirnya, awak dah sedar."

"S-saya ada dekat mana ni, sayang?"kata Puan Lee sambil menyentuh kepalanya.

"Awak ada dekat hospital sekarang. Buat masa ni, awak belum boleh balik lagi."kata encik Lee.

"T-tapi, macam mana dengan majlis perkahwinan tu nanti?"kata puan Lee.

"Jangan risau tentang itu. Saya dah uruskan semuanya."

"Macam mana dengan saya? Esok saya tak dapat nak hadirkan diri ke majlis tu."

"Kenapa awak risaukan sangat pasal tu? Tak mengapa kan? Bukan nya awak sengaja tak hadirkan diri ke majlis itu nanti."kata encik Lee.

"Mana mak?"tanya puan Lee.

"Dia pergi ke tandas sekejap tadi. Awak berehatlah dulu."kata encik Lee lalu tersenyum nipis.

-------------

Mereka mendiamkan diri masing-masing sejak mereka duduk di kerusi yang ada di taman itu.

"Jungkook, saya tak dapat nak bermalam dekat rumah awak. Maaf."kata Eun Ra lalu tersenyum nipis.

"Okay, tak apa. Lagipun, besok ialah hari perkahwinan nenek awak kan?"kata Jungkook.

"Ha'ah, awak datanglah. Tapi janganlah lambat."kata Eun Ra.

"Jungkook tak pernah lambat. Sentiasa menepati janji."kata Jungkook lalu mengenyitkan matanya.

"Hmm, saya nak balik ni. Jumpa awak besok."kata Eun Ra lalu berdiri.

"Tunggu sekejap, Eun Ra."kata Jungkook lalu menarik tangan Eun Ra.

"Saya nak bagi awak ni."

Jungkook mengeluarkan kotak kecil dari poketnya.

"Apa ni?"tanya Eun Ra sambil mengambil kotak kecil itu.

"Awak bukalah bila dekat rumah nanti. Biar saya hantarkan awak balik, lagipun rumah awak tu jauh."kata Jungkook lalu menuju ke arah motosikalnya.

Eun Ra menyimpan kotak kecil itu di dalam poketnya lalu mengikuti Jungkook dari belakang.

Jungkook berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang.

"Kenapa?"tanya Eun Ra.

Jungkook senyum lalu menarik tangan Eun Ra supaya berjalan bersama dengannya.

-------------

"Su Yeon, awak nak tak keluar dengan saya malam ni?"tanya Jin sambil memegang tangan Su Yeon yang duduk di hadapannya.

"Maafkan saya,Jin. Saya berkerja malam ni, awak tahukan saya kerja apa."kata Su Yeon lalu tersenyum nipis.

"Ya, saya tahu. Awak adalah doktor yang mengubati hati saya yang terluka ni."kata Jin lalu tertawa.

Su Yeon tertawa kecil apabila mendengar gurauan Jin.

"Jin, ada serangga dekat bahu awak."kata Su Yeon.

"Arghhhhh."jerit Jin sekuat hati apabila Su Yeon menyebut tentang serangga.

Semua pelanggan yang berada di cafe itu memandangnya pelik.

"Jin, bertenang. Serangga tu dah terbang pun, awak bertenanglah."kata Su Yeon yang cuba menenangkan Jin yang masih ketakutan.

"Awak tahu kan yang saya takut dengan serangga."kata Jin sambil memandang Su Yeon.

"Ya, saya tahu. Sudah lima tahun kita bersama dulu, tak akan lah saya tak kenal awak macam mana."kata Su Yeon lalu tertawa kecil.

"Mesti susahkan untuk lupakan kenangan kita dulu?"soal Jin sambil memandang wajah Su Yeon.

Su Yeon tersenyum nipis lalu menganggukkan kepalanya.

"Ya, masa kita berpisah dulu. Saya cuba untuk lupakan awak, tapi tak dapat juga."kata Su Yeon lalu menundukkan kepalanya.

"Ya, saya tahu kenapa awak tak boleh lupakan saya. Boleh tak kita cakap pasal perkara yang buat kita happy, dari tadi asyik sedih jer."kata Jin lalu mencebik.

---------------

Eun Ra terus membaringkan badannya di atas katil lalu mengeluh kecil.

"Fuh, penatnya."kata Eun Ra.

Baru sahaja dia ingin menutup matanya, dia teringatkan sesuatu.

"Eh, sekejap. Apa yang dia bagi dekat aku ni sebenarnya."

Eun Ra mengambil kotak kecil yang berada di dalam poketnya lalu membuka kotak tersebut.

Dia terus menekup mulutnya menggunakan tangan lalu bangun dari baring.

"Biar betul Jungkook ni, dia bagi aku cincin?"katanya.

Tiba-tiba telefon miliknya berdering. Dia terus menjawab panggilan tersebut.

"Hye, awak dah tengok ke apa yang saya bagi?"

"Awak salah makan ubat ke, Jungkook? Kenapa bagi saya cincin?"tanya Eun Ra.

"Hahah, mana ada. Saya bagi cincin tu sebab saya nak bagi awak cincin tu awal-awal."kata Jungkook lalu tertawa kecil.

"Kenapa cepat sangat? Kita kan masih sekolah lagi.."kata Eun Ra sambil meletakan kotak cincin tersebut di atas meja.

"Ya, saya tahulah. Tapi tak salahkan kalau saya bagi awak cincin tu sekarang?"kata Jungkook.

"Tak. Tapi untuk apa?"kata Eun Ra.

"Supaya orang tahu yang saya ialah bakal suami awak nanti."kata Jungkook lalu senyum.

"Yelah, ingat sweet ke buat macam ni."kata Eun Ra lalu tertawa kecil.

"Eh, tak cukup sweet ke? Nak saya tambahkan gula lagi?"kata Jungkook lalu tertawa kecil.

"Tak payah. Ini pun dah cukup."kata Eun Ra.

"Hahaha, bila kita dah kahwin nanti. Saya akan tambah sweet tu banyak-banyak."kata Jungkook.

---------------

"Taehyung, tolonglah aku. Macam mana aku nak pikat hati dia."kata Jimin sambil memegang bahu Taehyung.

"Ish, kau ni. Tak habis-habis dengan dia."kata Taehyung.

"Weyy, tolonglah kawan baik kau ni walaupun perangai macam hantu."kata Jimin lalu membuat muka ingin menangis di hadapan Taehyung.

"Yelah yelah, aku tolong kau. Tapi kau kena ikut apa yang aku cakap."kata Taehyung.

"Baiklah, aku akan ikut apa yang kau cakap asalkan aku dapat pikat hati dia."kata Jimin.

"Aku nak kau menyamar jadi perempuan."kata Taehyung.

"A-apa?!Menyamar jadi perempuan?!Kau gila ke? Muka hensem macam aku ni menyamar jadi perempuan?"kata Jimin.

"Ya, aku tahu yang kau tak nak. Tapi kau kena buat juga. Demi pikat hati dia. Dengan cara ni, kau akan dapat jumpa dengan dia setiap hari. Dan cikgu Yoongi tak akan tahu yang itu adalah kau."kata Taehyung.

"Tapi macam mana aku nak pikat hati dia dengan cara ni? Nanti dia ingat aku ni perempuan betul-betul pula."kata Jimin.

"Ish, kau bagitahulah dia yang kau menyamar nanti. Tapi jangan sampai cikgu Yoongi tahu."kata Taehyung.

"Baiklah, bila kita akan mulakan?"

"Heheh, kau rasa?"kata Taehyung lalu tersenyum sinis.

❤️TBC❤️

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now