∆ BAB 1 ∆

5.4K 150 7
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔




MEDIA=
UNGKU ENRIQUE QASHRIN







AIR kencing syaitan itu terus diteguknya rakus. Habis segelas, segelas lagi dituang. Masuk yang tu, sudah tiga gelas dia bahan. Nak masuk gelas keempat da.

"Tyara, dah banyak sangat kau minum ni. Kau mabuk teruk nanti, aku pula yang susah-susah nak usung kau balik rumah." Tegur kawan aku, Shane.

"Entah kau, Tyara. Sudahlah tu. Kau dah kenapa hari ni?" Soal seorang lagi sahabat aku, Mardah.

"Jangan tanya." Ujarku dingin.

Air alkohol itu terus aku minum. Kepala yang mula berpusing aku abaikan. Yang aku tahu, aku mahu lupakan segalanya untuk seketika.

"Beb, sorry lambat!!" Dua orang gadis berjalan mendekati kami. Aku hanya memandang dengan hujung mata. Bukan main kuat lagi mereka menjerit. Biasalah mahu melawan bunyi disko yang kuat bergema dalam kelab ini.

Zania mengambil tempat di sebelah aku manakala Yusra di sebelah Shane. Mata aku masih terarah ke arah seorang gadis yang berada di atas pentas. Bibir aku tersenyum sinis melihat tubuhnya yang keras untuk bergelek itu. Macam kayu.

"Beb, tadi aku nampak Furqan dekat luar!! Macam Furqan cari kau!" Yusra memberitahu aku.

Bunyi disko yang kuat itu memaksa Yusra menjerit untuk memberitahuku memandangkan dia duduk agak jauh dari aku.

Aku buat bodoh. Bukan apa, dengar je nama Furqan dah cukup untuk buat darah aku mendidih. Sakit hati dengan apa yang telah dia buat pada aku.

"Kau ada masalah dengan Furqan ke?"  Bisik Zania padaku.

"Aku sakit hati dengan dia dah." Ujarku sepatah.

Minda aku teringat kembali akan bertembungan tanpa sengaja di antara aku dan Furqan pada siang tadi. Segala janji yang dia taburkan padaku hanya dusta belaka. Lelaki, semua mereka mahukan sempurna. Sama macam Furqan. Dia janji macam-macam dengan aku. Mahu ambil aku sebagai isterinya tapi apa yang aku nampak siang tadi telah menyedarkan aku. Furqan bersama seorang wanita. Wanita yang cukup sempurna.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now