∆ BAB 50 ∆

3.2K 94 19
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...

Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,

Cinta.... aku ingin mencarimu..

Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...

Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
















































5 TAHUN KEMUDIAN...

AKU memandang ke arah pusara yang dihiasi dengan mamar putih. Tangan mula mencabut rumput yang tumbuh meliar. Sudah lima tahun berlalu. Bermakna, sudah lima tahun dia pergi menghadap ilahi.

Kisah aku memang tidak seindah orang lain. Mungkin ditakdirkan aku dilahirkan dengan nasib semalang ini. Luka lama juga masih lagi berdarah. Rasa ini, semakin hari semakin membunuh diriku. Kenapa aku tidak ada pengakhiran yang bahagia seperti dalam novel-novel yang selalu aku baca? Kenapa pengakhiran aku harus seperti ni? Tidak disatukan dengan dia yang aku tergila-gilakan.

Mata memandang sebaris nama yang terukir cantik di batu nisan putih itu. Enrique.

Sekejam apa pon diri kau pernah jadi, tapi kenapa aku tak pernah bencikan diri kau? Aku hanya menipu diri sendiri bila aku bagitahu yang aku bencikan kau suatu masa dahulu. Hati ni, kuat untuk untuk memaafkan segala kesalahan kau Enrique. Tapi kenapa?

"Kak..." Panggilan Syakila mengejutkan aku.

Terus aku berpaling memandang Syakila yang masih setia menemani aku di sisi. Tangan aku digenggam erat.

Syakila, dia adik kembarku. Bersyukur kerana aku masih mempunyai seorang adik kandung yang sentiasa memahamiku. Terima kasih aku ucapkan kepada Rafique kerana telah temukan aku dengan Syakila.

Pandangan aku mula kabur apabila satu persatu dugaan yang pernah aku lalui menusuk masuk ke dalam kotak memori. Begitu juga dengan kisah sedih yang dialami oleh adik kembarku sendiri.

"Kak, jangan sedih. Akak sedih, Kila pon sama sedih."

Setitis air mata jatuh.

"Akak tak tahu Kila. Akak tak kuat nak lalui hidup macam ni. Memang berat rindu pada orang yang telah tiada kan? Akak tak mampu nak tipu diri akak sendiri dik. Benda tu sentiasa menghantui akak." Ucap aku dengan nada sebak.

"Semua ni takdir kak. Akak kena ikhlas. Lagipun, kesian juga dekat abang Rafique kalau akak terus macam ni. Kila bukan apa kak, tak adil untuk abang Rafique. Dia, tunang akak. Kila tak suruh akak lupakan abang Enrique, tapi sekurang-kurangnya, akak kena jaga perasaan abang Rafique juga."

Aku terkedu. Lupa akan status aku yang sekarang merupakan tunang Rafique. Ya, kami telah menjalin ikatan tunang tiga bulan lepas atas kerelaan aku sendiri.

"Akak...."

"Takpe kak. Perlahan-lahan. Kila faham perasaan akak. Bukan senang nak move on. Kila pon, pernah rasa macam apa yang akak rasa sekarang ni. Kita sama-sama tersakiti kerana tak dapat bersama dengan orang yang kita cintai." Ucap Syakila.

Aku memandang Syakila. Ya, kami sama-sama tersakiti.

"Jom akak balik. Dah lewat ni. Nanti Firqan cari mana pula mama dia."

Bibir aku mengutum senyuman kecil apabila nama Firqan meniti di bibir Syakila. Anakku.

"Assalamualaikum, Enrique. I balik dulu. Ni mungkin menjadi pertemuan kita yang kali terakhir sebab lepas ni, I tak kan datang sini lagi. Bukan bermakna I bencikan you. Cuma, I nak ikhlaskan segalanya. Dan I juga nak you tahu, yang I dah maafkan segala-galanya apa yang you pernah buat pada I. Sayang kan, jodoh kita tak panjang." Aku tergelak di akhir ayat.

"Atau mungkin juga kita takde jodoh. Sebab perkahwinan yang terjadi dulu pon, tidak pernah membahagikan I apatah lagi you."

Aku memandang ke arah langit yang mula mendung. Barangkali, hujan akan turun sekejap lagi.

"Kalau you bahagi, mesti you tak kan kahwin dua kali. Atau, memang I ni hanya watak ketiga dalam jalan cerita you." Mata aku terpejam erat.

"Atau mungkin watak yang hanya membawa nasib malang dalam hidup you."

Terasa mata aku kembali menghangat.

"Cinta I datang terlalu awal untuk you dan cinta you datang terlalu lewat untuk I. Dan bodohnya I, sebab ego tak nak kasi you satu lagi peluang sewaktu you merayu. Kalau tak, mesti kita akan bahagia walaupun sekejap. Mesti kita boleh perbetulkan keadaan semula." Mata aku terbuka apabila terasa titisan hujan jatuh. Aku kembali memandang ke arah pusara Enrique.

"Walaupun macam mana pon, I tetap akan sayangkan you. I pergi dulu. Selamat tinggal Enrique." Seraya berkata demikian, aku bingkas bangun dengan dibantu oleh Syakila.

Aku memandang buat kali terakhir ke arah pusara Enrique. Dan bibir aku tersenyum untuk kali terakhir buatnya.

Di sini, berakhirnya kisah aku dengan dia. Selamat tinggal Enrique...












Maaf sebab lama menghilangkan diri. Harap semua faham dengan jalan cerita dan cara penyampaiannya sampai ke hati kalian. Sayang you alls and now, I'm back. Cuma slow update, kitew busy dgn study daa🤧🤧maaf readers ii skalian. Enjoy ur reading. Btw, ni chapter terpendek gaiss. Sbb tiba ii otak tepu🙂maaf again. Gimme a feedback about this story,

a) Jalan cerita dia mengarut ke?

b) Terlalu cliche?

c) Tak faham?

Tell me and I will improve my writing🦋🦋

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now