Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
AKU bangkit daripada katil apabila seorang doktor perempuan selesai memeriksa kandunganku. Aku terus berjalan menuju ke arah meja doktor tersebut di mana Kak Zie sedang menungguku dengan wajah gembiranya. Macam dia pula yang jadi suami aku.
Aku melabuhkan punggung di sebelah Kak Zie. Doktor perempuan itu pula sudah melabuhkan punggung di hadapan kami berdua.
"Doktor, macam mana dengan kandungan adik saya?" Soal Kak Zie laju, tidak menyempat untuk aku membuka mulut.
Doktor itu tersenyum manis kepada kami.
"Kandungan Puan Ara baik-baik sahaja. Malah, baby pon membesar dengan baik. Cuma saya nasihatkan agar Puan Ara jangan lakukan kerja-kerja yang berat sebab kandungan Puan Ara masih tidak kukuh." Jawab doktor itu.
Aku mengucap syukur dalam hati.
"Terima kasih doktor..." Aku sengaja menggantungkan ayat aku. Bukan doktor ni tak pernah bagi tahu nama dia, sudah. Cuma lidah aku agak berbelit nak sebut nama dia. Susah.
"Doktor Ivy Darwien. Susah sangat ke Puan Ara nak ingat nama saya?" Soal Doktor Ivy itu sambil tersenyum kepada aku.
"Bukan tak ingat doktor cuma susah sikit lidah saya nak sebut nama doktor." Jawab aku jujur.
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
DiversosTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...