∆ BAB 38 ∆

1.9K 104 58
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔






































"SAYANG!!! You tengok you punya secretary you ni! Dia halang I nak jumpa you!!!"

Aku terus berpaling ke arah pintu bilik pejabat aku yang sudah terbuka luas. Kelihatan Maya sedang melangkah masuk sambil tangan ke dada dan cuba dihalang oleh setiausaha aku, Julia.

"Takpe Julia. Awak boleh keluar." Arah aku pada Julia. Julia hanya menganggukkan kepalanya.

"I akan pastikan yang Enrique pecat you." Sempat aku menangkap ugutan Maya terhadap setiausaha aku.

Julia terus berlalu keluar daripada bilik aku setelah mendapat arahan. Maya terus berjalan mendekati meja aku. Dengan selamba badaknya, dia melabuhkan punggung di hadapan meja, di hadapan aku yang sedang fokus menyiapkan tugasan yang diberi oleh Encik Malik, majikan aku.

Ya, memang aku sedang menjadi kuli sekarang ni. Syarikat lama aku sudah bankrap apabila hampir 12 bulan aku mereput di dalam penjara itu. Wang syarikat aku dihitamkan. Keluar je dari penjara, hidup aku tak ubah seperti papa kedana.

Tapi, dengan kesetiaan Maya aku berjaya mendapat kerja ni. Sudah banyak tempat yang aku mohon untuk bekerja tapi semua tidak mahu mengambil aku sebagai pekerja mereka memandangkan status diri aku yang bekas banduan ini. Keluar sahaja dari penjara dulu, wajah Maya orang pertama yang menanti aku. Malah, dia juga yang selalu menjenguk aku di sel penjara.

Maya juga merayu pada Encik Malik iaitu ayahnya untuk memberi peluang kepada aku. Dan alhamdulillah, aku dapat juga kerja ni. Dan jawatan aku di dalam syarikat ni juga merupakan jawatan penting. Tidak hairanlah kalau aku juga mempunyai bilik dan setiausaha sendiri. Dan ini semua bukan yang aku mahukan kerana aku tidak mahu terhutang budi pada Maya. Tapi, pilihan apa lagi yang aku ada?

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now