Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
TENGKU THIA terus melangkah masuk ke dalam bangunan yang berwarna maroon itu. Tidak tinggi mana. Hanya lima tingkat sahaja. Maklumlah, syarikat guaman sahaja kan. Cermin mata hitam yang tersarung di wajahnya ditolak ke atas. Melekat di atas kepalanya.
Setiap kali dia melangkah masuk, ramai mata yang mencuri pandang. Siapa yang mahu melepaskan peluang untuk melihat gadis cantik itu. Dengan dress labuh berwarna aquamarine tersarung di tubuh rampingnya. Rambut yang diwarnakan kuning keputihan paras pinggang itu pula sentiasa beralun setiap kali dia membuka langkah. Bunyi kasut tumit tinggi dia juga memainkan peranan.
Tengku Thia terus melangkah ke arah kaunter pertanyaan. Dia melemparkan senyuman manis pada gadis yang menjaga di kaunter itu.
"Ye cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal gadis yang bernama Izzah itu.
"Ni syarikat guaman milik Ungku Enrique Qashrin ke?" Soal Tengku Thia.
"Iye, betul." Jawab Izzah turut bersopan. Izzah juga sudah terpegun melihat kecantikkan Tengku Thia. Kalau dia yang perempuan pon boleh terpegun, apatah lagi kalau kaum lelaki yang tengok.
"Saya Tengku Thia Aqila. Saya nak jumpa dengan bos awak, Ungku Enrique." Ucap Tengku Thia.
"Hmmm...cik ada buat appoinment dengan Ungku Enrique tak?" Soal Izzah.
"Tak. Tapi saya ada perkara penting nak bincang dengan dia. Boleh saya jumpa dia." Soal Tengku Thia.
"Sekejap ye cik."
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
RandomTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...