Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
PEJAM celik pejam celik, kandungan aku sudah masuk sembilan bulan. Berdebar? Itu sudah pasti saat menunggu waktu bersalin. Cuba tanya dekat ibu mengandung, siapa je tak berdebar bila waktu bersalin hampir dekat. Kadang-kadang juga, perut aku sering kali mengeras. Sakit jugalah.
"Tyara, nah dah siap." Semangkuk puding perisa mangga di letak oleh Yusra di hadapan aku.
Mata aku sudah membulat. Hahah, puding kegemaran aku. Terus sahaja aku capai puding itu. Satu sudu aku masukkan dalam mulut. Nyum, sedap betul. Pandai betul Yusra buat. Sedap aku enak menikmati puding hasil air tangan Yusra, mata aku pada perut Yusra yang sedikit membukit itu. Eh?!
"Yusra, kau dah tahu ke jantina anak kau?" Soal aku.
Yusra yang syok memandang aku makan terus terkebil-kebil.
"Huh?" Soal dia blur.
Mangkuk yang berisi puding tadi aku letakkan ke tepi. Wajah aku angkat memandang ke arah Yusra.
"Kandungan kau tula. Dah tahu ke jantina lelaki ke perempuan? Kau tak check hospital ke?" Soal aku.
Yusra yang mendengar kata-kata aku terus tersenyun. Tubuh ditegakkan. Tapak tangannya menyentuh perut sendiri.
"Aku tak tahu dan aku tak nak tahu. Biarlah jadi kejutan untuk aku dengan abang Mali. Tak sabar pula nak tunggu baby aku ni lahir." Omel Yusra.
"Eh, bila Tuan Malique balik sini?" Soal aku. Tak silap aku, minggu lepas ayah mentua aku itu pergi outstation luar daerah. Syukurlah apabila aku lihat dia sudah mula berubah. Tidak lagi keluar malam. Sejak Yusra hamil ini, memang dia akan sentiasa berada di sisi Yusra. Dan aku bahagia untuk itu.
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
DiversosTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...