Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...
Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,
Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
KAKI melangkah keluar daripada bangunan putih itu. Nafasnya dihela perlahan. Mata memandang ke arah pasangan sejoli yang turut keluar dari bangunan itu. Hati merasa sakit apabila melihat wajah gadis yang berjaya mengambil hati aku itu berdiri di sisi adik kandung aku sendiri. Wajah gadis itu jelas muram dan tidak bermaya.
Aku melangkah lemah ke arah mereka. Mahu merayu buat kali kedua. Mungkin ada harapan mungkin tidak. Setiba di hadapan mereka, aku terkilan apabila Tyara laju sahaja memalingkan wajahnya ke arah lain. Sebenci itukah dia terhadap diriku. Memikirkan hal itu membuatkan rasa kesal dalam diri aku semakin menjerat. Sudah terlambat Enrique.
"Tyara...."
"Abang, Tyara masuk dalam kereta dulu. Tolong sampaikan dekat orang tu yang Tyara benci tengok dia apatah lagi nak dengar suara dia." Kata-kata aku termati apabila mendengar suara dingin itu. Lidah aku menjadi kelu. Bayangan Tyara mula hilang ke dalam kereta.
"Kau dengan sendiri kan apa yang Tyara cakap, jadi aku malas nak ulang. Pesan untuk kau, jaga diri baik-baik lepas ni. Anak kau tu jaga walaupun dia bukan darah daging kau tapi sudah menjadi tanggungjawab kau untuk jaga mereka. Jangan sesekali kau abaikan mereka. Mereka tak bersalah. Mereka tetap anak kandung isteri kau." Ucap Rafique.
Keluhan terlepas dari bibir aku. Mata mula rasa berkaca.
"Raf, takde peluang ke untuk aku dapat kemaafan daripada Tyara? Aku betul-betul menyesal Raf. Aku nak dia balik Raf. Aku sayang dia." Rayu aku.
Rafique mengeluh perlahan.
"Aku kadang-kadang kesian dengan kau Enrique. Tapi, perkara dah berlaku. Aku pon sayangkan Tyara. Dan untuk lepaskan dia kembali dekat kau, aku tak mampu. Dan Tyara bukan barang untuk kita pas macam tu. Selama ni, aku bagi kau peluang. Suruh jaga dia elok-elok. Tapi kau buat apa, kau sakitkan hati dia. Kau madukan dia. Kau hina dia. Dan sekarang, kau masih merayu untuk dapatkan Tyara? Maafkan aku, biarlah aku pula yang menjaga Tyara. Kelakuan kau selama ni pon, mungkin akan menjadi halangan aku untuk dapatkan dia sebab aku adik kau." Ucap Rafique panjang lebar.
![](https://img.wattpad.com/cover/199502697-288-k595683.jpg)
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
RandomTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...