∆ BAB 28 ∆

1.7K 121 63
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔













SUASANA di meja makan begitu sunyi. Hanya kedengaran bunyi laga sudu dan pinggang sahaja. Sesekali, aku mengerling ke arah jejaka yang duduk berhadapan dengan aku. Satu perkembangan yang baik apabila dia mula makan hasil air tangan aku buat sekian kalinya. Tapi, aku tidak mahulah berharap kerana harapan itu ialah impian yang menyakitkan.

"Sedaplah Kak Tyara masak. Sampai menjilat jari gitu." Puji Jacliquen Anne memecah kesunyian meja makan. Aku hanya tersenyum malu.

"Tyara..." Aku mengerling ke arah orang sebelah apabila nama aku dipanggil.

"Kenapa abang?" Soal aku pada abang Rafique.

"Abang nak tambah nasi. Sedap pula nasi lemak yang Tyara masak ni. Tak cukup sepinggan abang makan. Kalau macam ni, boleh gemuk abang jadinya." Sekali lagi diri aku dipuji. Aku tergelak kecil.

Pinggan yang dihulurkan oleh abang Rafique terus aku capai. Memandangkan nasi lemak berada dekat dengan aku, aku tolong juga.

"Cukup?" Soal aku pada abang Rafique.

"Lagi satu senduk." Dan aku menambah lagi satu senduk ke dalam pinggan abang Rafique. Terus pinggan itu aku suakan kembali.

Satu fakta yang menjadi kegemaran aku ialah aku suka orang makan habis apa yang aku masak. Ibarat masakan aku itu sedap. Dan bangga bila masakan aku masuk ke dalam perut orang.

"Abang nak tanya Tyara, Tyara tak nak sambung belajar ke?" Soalan abang Rafique mematikan suapan aku.

Semua mata memandang ke arah aku kecuali dia. Tak mengapa, aku tidak hairan pon. Kenapa susah pula aku nak jawab soalan ni ae? Nak ke aku sambung belajar? Tapi layak ke? Sijil spm pon takde.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now