∆ BAB 30 ∆

2.1K 115 45
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔













































AKU terus melangkah masuk ke dalam bangunan yang berwarna maroon ini. Pandangan dan ucapan selamat pagi daripada pekerja aku, aku abaikan. Hari ni, aku takde mood mahu beramah mesra dengan mereka.

Setiba di dalam bilik, aku terus menuju ke meja kerja aku. Fail sudah berlambak. Takde kes lain yang harus aku uruskan. Mesti kes buang bayi, penceraian, penipuan dan jenayah lain-lain. Kadang-kadang, aku rasa muak juga. Kenapalah manusia zaman sekarang susah sangat nak ikut peraturan? Bukan susah pon.

Teringat pula sewaktu aku bawa anak kakak ipar aku Inang pergi jalan-jalan, Muhd Azriq. Sewaktu aku berhenti di trafic light, aku cuba menguji minda kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun itu.

"Azriq, cuba teka lampu hijau tu tanda dia apa?" Soal aku.

"Jalan."

"Pandai. Lampu merah pula?"

"Berhenti." Jawab dia petah.

Aku menganggukkan kepala aku. Pandai budak ni. Baru lima tahun dah pandai memahami maksud setiap lampu isyarat itu.

"Lampu warna kuning pula?" Soal aku.

"Bersedia untuk memecut!" Dengan penuh bangganya Azriq menjawab.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now