∆ BAB 19 ∆

1.7K 104 16
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔






























AKU merenung cahaya bulan yang memancar masuk ke dalam bilik aku melalui pintu gelengsar balkoni yang terbuka luas. Kalau orang tengok keadaan aku, mesti orang akan anggap aku gila sebab dengan rambut aku yang serabai.

Malam ni, susah seminggu berlalunya malam pertama suamiku dengan isteri barunya dan hati aku luluh sangat. Sudah seminggu jugalah aku tidak nampak bayang wajah dia di dalam rumah ini. Aku tak dapat bayang dia bersama dengan Dayang sedangkan diri aku tidak pernah dia sentuh.

Kenapa aku perlu jatuh cinta pada dia? Kalau tidak, tidak perlulah aku rasa semua ni. Tapi, siapa aku untuk menolak takdir. Dan mimpi tadi, seperti mahu menunjukkkan sesuatu padaku. Dan aku masih tertanya-tanya pada diri aku, mana hilangnya memori aku bersama keluarga aku. Aku hanya ingat samar-samar.

Kalau aku ada keluarga, mesti aku tidak selemah ini. Kalau aku ada mama, mesti dia tidak mahu melihat aku sedih. Kalau aku ada papa, mesti papa sudah memarahi orang yang menyakitkan hati aku. Kalau aku ada adik-beradik, mesti mereka semua menjadi tongkat untuk aku terus berpaut.

Tapi ini, aku hanya sendiri di sini. Tanpa keluarga. Tanpa mama. Tanpa papa. Tanpa adik-beradik. Kemana mereka pergi?

Dan apa yang menghantuiku hanyalah kata-kata yang seperti pita rakam yang sering berulang main dimindaku tanpa aku tahu siapa yang menuturkannya. Tapi, apa yang aku pasti, gerangan itu seperti berada dekat denganku dan firasat aku kuat mengatakan suara itu suara mama.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now