∆ BAB 47 ∆

3.1K 154 63
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...

Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,

Cinta.... aku ingin mencarimu..

Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...

Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔

AKU mencapai gelas yang berisi air kosong yang dihulurkan oleh Rafique. Ubat yang diberinya juga turut aku makan. Terasa kepala seperti berpusing. Siap memakan ubat, Rafique mengambil semula gelas tersebut lalu diletakkan di atas meja di sisi katil.

"Tyara okey?" Soal Rafique.

"Ada nampak muka Tyara ni macam okey ke bang?" Soal aku kembali.

Kedengaran suara Rafique mengeluh. Aku membuat pandang ke arah luar balkoni. Langsir yang berwarna putih terbuai ditiup angin. Aku telah dibawa oleh Rafique pulang ke rumahnya. Jangan risau, adik ipar aku Jaclique Anne turut ada bersama melayan karenah Firqan.

Memang pada awalnya, Enrique menghalang aku daripada mengikut Rafique. Malah, mereka berdua turut bergaduh. Namun, aku telah membuat keputusan untuk mengikuti Rafique. Tidak betah untuk terus bersama Enrique lagi.

Mengingatkan hal ini, air mata aku kembali jatuh. Ya Allah, sakitnya rasa hati ini. Namun, aku tersentak apabila terasa sehelai kain lembut menyekat air mata aku. Aku berpaling memandang Rafique. Dia memandang aku sayu.

"Tolong jangan menangis sebab dia. Abang tak suka. Abang tak suka tengok Tyara jadi macam ni sebab lelaki tak guna tu." Ucap Rafique.

Aku terkedu. Mahu meluahkan tapi kata-kata seperti tersekat. Makin ditahan, makin laju air mata yang keluar.

"Tyara tolong janganlah macam ni. Abang tahu, Tyara masih cintakan dia kan?" Soal Rafique sambil memandang tepat ke dalam anak mata aku. Aku berpaling wajah ke lain. Tidak berani memandang wajah Rafique.

"Tyara masih tak mampu terima abang kan?" Soalnya lagi. Aku memejam mata erat. Sedar bahawa aku baru sahaja memberinya harapan palsu.

Kedengaran Rafique mengeluh perlahan. Gelas dicapainya lalu terus melangkah keluar daripada bilik. Aku tahu dia kecewa dengan aku. Akhirnya, esakkan tidak mampu aku tahan.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now