∆ BAB 42 ∆

1.9K 96 51
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...

Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,

Cinta.... aku ingin mencarimu..

Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...

Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔



























TUK!! TUK!! TUK!!

Aku yang pada itu baru sahaja menunaikan solat isyak terus berpaling ke arah pintu apabila terdengar pintu bilik aku diketuk. Telengkung yang siap dilipat terus aku letakkan ke kaki katil. Rambut aku terus aku sanggul tinggi. Nak potong terasa sayang.

Kaki terus aku bawa ke pintu. Tombol pintu aku pulas. Buat pertama kalinya sejak aku duduk di rumah agam ni, ini kali pertama abang Enrique sudi mengetuk pintu bilik aku.

"Kau baru habis solat ke?" Soal abang Enrique yang masih berdiri di pintu bilik aku. Nada suaranya memang dingin. Takpelaa asalkan dia sudi bercakap dengan aku.

"Haah. Kenapa you ketuk bilik I ni? You nak apa-apa ke?" Soal aku.

"Aku ada benda nak bincang dengan kau. Tapi sebelum tu, yang ada masak apa malam ni?" Soal abang Enrique.

Entah kali ni sudah berapa kali aku terkejut dengan sikap abang Enrique.

"You nak makan ke?" Soal aku.

"Takdelah. Aku nak bagi cicak tu makan. Dah aku yang tanya mestilah aku nak makan." Ucap abang Enrique senada.

"I pergi panaskan lauklah kalau macam tu." Ucap aku.

"Dah siap panggil aku. Aku nak solat dulu." Ucap abang Enrique.

Aku hanya mengiakan sahaja. Kaki terus aku bawa ke dapur. Rumah ni memang sunyi kerana hanya ada aku, Firqan, si kembar dan abang Enrique sahaja. Pembantu rumah juga tidak ada.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now