∆ BAB 36 ∆

1.8K 109 70
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔






















AKHIRNYA, setelah lebih daripada lima jam aku terkandas dalam pesawat ini, kaki aku dapat juga menjejak kaki ke bumi. Udara bumi Kanada ini terus menyerbu ke wajahku. Sejuk sahaja cuaca di sini memandangkan negera yang memiliki empat musim ini sedang melalui fasa musim sejuk.

Sampai je sini, terus mata aku disapa dengan budaya hidup yang berbeza. Tiada lagi pakaian yang bertutup litub. Semuanya masyarakat yang berkulit putih sahaja. Malah, bahasa ibunda negara Malaysia juga hilang dari deria pendengaran aku. Yang ada hanya bahasa ibunda negara ini yang kedengaran agak asing bagi aku dan langsung tidak aku fahami.

"Jom." Terasa lengan aku ditarik oleh Kak Ardini.

Aku mengikut langkah Kak Ardini sambil menarik bagasi milikku. Kami sama-sama melangkah keluar daripada balai ketibaan. Sesekali, aku tahu ada mata yang mencuri pandang ke arahku. Mungkin pelik apabila melihat aku yang memakai tudung.

"Nanti akak kenalkan Tyara dengan kawan-kawan akak. Dorang baik." Ucap Kak Ardini memecah kesunyian antara kami. Sebenarnya, aku tidaklah rapat mana dengan akak sepupu aku ini. Jarang berkomunikasi sewaktu kami berada di istana.

Kak Ardini merupakan puteri memandangkan dia anak perempuan kepada ayahanda Thaqeef yang bakal memangku gelaran sultan nanti. Tak silap aku, Kak Ardini mempunyai abang kembar tapi tidak pula aku pernah lihat. Biarlah, bukan masalah aku.

Tapi aku bersyukur sangat. Kak Ardini tidak mengabaikan aku di sini. Dia melayan aku dengan baik. Malah, di dalam pesawat tadi juga dia selalu bertanya kepada aku sekiranya aku memerlukan apa-apa.

"Ardini!!!" Aku pula yang menoleh padahal nama akak sepupu aku yang dipanggil. Dari jauh, aku nampak dua orang gadis sedang melambai ke arah sini. Kak Ardini masih tidak perasan yang namanya dipanggil. Terus aku mencuit lengan kak Ardini.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now