∆ BAB 16 ∆

2K 104 23
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔

























AKU masih pegun melihat alat muzik yang berada semeter jauh daripada aku ini. Bibir aku sedari tadi tidak lekang dengan senyuman. Yelah, alat muzik kegemaran aku sedang berada di hadapan mata aku sendiri. Kaki terus aku bawa mendekati alat muzik itu.

Tangan aku menekan satu petal muzik itu. Bergema seluruh ruang itu dengan bunyi dia. Tanpa membuang masa, aku terus melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan piano itu.

Aku rasa tak salah kot kalau aku nak main. Tuan Malique dengan Yusra tiada di rumah kerana apa pon aku tidak pasti. Jaclique, adik ipar aku pon tiada di rumah kerana dia keluar bersama kawan dia. Enrique, macam biasa yang aku tahu dia sentiasa balik lewat. Dan Rafique, sudah tentu dia tidak pulang lagi. Hanya ada aku dan Mak Miah sahaja di rumah ini.

Otak aku ligat berfikir lagu apa yang mahu aku dendangkan. Mencari lagu yang sesuai dengan diri aku.

"Mummy aku cantik macam bidadari dunia. Bukan macam kau. Buruk. Lebih buruk daripada setan dekat neraka sana. Perangai busuk. Muka buruk. Aku harap anak haram yang bakal lahir tu nanti kalau perempuan tak ikut perangai kau dan kalau lelaki dia tak ikut perangai bapak dia yang dah wujudkan dia dalam rahim kau tu."

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now