Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
PANDANGAN aku buang ke luar tingkap. Melihat keadaan sekeliling yang hanya semak samun sahaja. Memang benar yang kawasan perkuburan itu terletak tidak jauh daripada rumah kediaman milik keluarga Enrique. Kalau tidak, tidak sampailah aku ke kubur itu pada malam itu.
Kini, dua hari sudah berlalu sejak aku keluar daripada hospital. Aku bersyukur kerana keadaan diri aku semakin stabil. Malah, aku juga bersyukur kerana kandungan aku tidak apa-apa. Tangan aku jatuh melekap pada perut sendiri.
Entahlah sekiranya terjadi apa-apa pada kandungan aku pada malam itu, sumpah aku tidak akan maafkan diri aku sendiri. Kerana kecuaian aku, aku hampir kehilangan kandungan aku. Terima kasih kepada Rafique yang sudah menyelamatkan aku pada malam itu.
Namun, aku tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa aku kerana Enrique langsung tidak melawat aku di hospital. Aku tahulah dia sedang bahagia bersama madu aku tapi tidak adakah sekelumit perasaan kasihan dia terhadap diri aku?
Haish, apalah yang kau harapkan lagi pada si Enrique Tyara? Dia tak kan dan tidak akan terima kau. Kau ibarat parasit je dalam hidup dia.
"Tyara..." Panggilan Rafique menyentakkan aku. Pantas aku berpaling memandang ke arahnya.
"Kita dah sampai." Ucap Rafique sambil tersenyum. Terus aku memandang sekeliling. Oh yaa, kami sudah sampai di kawasan perkuburan Islam. Di mana, jenazah arwah mummy dikebumikan di sini. Tiba-tiba, hati aku berasa sayu.

YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
De TodoTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...