Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
FAIL yang baru aku dapat daripada Rafique pada tengah hari tadi aku pandang sepi. Entah kenapa aku rasakan perasaan aku pada tika ini bercampur baur. Fail yang berada di tangan aku itu terus aku letak ke meja bulat itu.
Kepala terus aku dongak untuk memandang ke arah langit yang gelap. Keluhan terlepas di bibir aku. Kali ini, sudah berapa kali aku mengeluh. Tangan naik meraup wajah sendiri.
"Abang..." Aku terus berpaling ke arah Dayang yang sudah mengambil tempat di sisi aku.
"Kenapa pula keluar ni? Dah malam kan? Pergi masuk. Sayang tak elok duduk dekat luar malam-malam macam ni. Sayang dahlah mengandung." Tegur aku.
"Bosanlah asyik duduk terperap dalam bilik je. Dahlah rumah ni sunyi. Tu yang sayang keluar temankan abang. Abang pula, buat apa dekat luar ni?" Soal Dayang.
Aku terus menghantar pandangan aku ke arah air pancuran yang terdapat di tengah laman rumah agam keluarga aku yang kini sudah menjadi milik Tyara. Ya, sebab arwah mummy turunkan rumah agam ini ke atas nama Tyara.
"Takde apa-apa. Saja nak ambik angin. Stress dengan kes jenayah yang tak habis-habis dekat pejabat tu." Bukan alasan aku yang sebenarnya.
"Biasalah tu abang."
Seketika, suasana di antara kami sunyi sepi. Jasad aku sahaja yang berada di sini tapi fikiran aku melayang ke arah lain.
"Fail apa ni bang?" Soalan Dayang itu menyentakkan lamunan aku. Aku terus berpaling ke arah isteri aku.
Dayang sudah mengambil fail itu lalu membukanya. Tiada niat aku mahu menghalang saat ini.
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
RandomTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...