∆ BAB 6 ∆

2.1K 126 12
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔






































AKU bersandar lemah pada dinding pintu itu. Nak menangis pon tiada guna sebab air mata aku sudah kering. Mata aku memandang sekeliling bilik ini. Berhabuk dan nampak suram. Daripada aku mati kebosanan baik aku teroka dalam bilik ini.

Bilik ni, nak kata luas takdelah luas mana. Nak kata kecil pon takdelah kecil mana. Lebih kurang sebesar ruang tamu seperti rumah teres yang aku sewa bersama kawan-kawanku. Bilik ini nampak sempit kerana dipenuhi barang dan aku yakin ini bilik stor. Kejamnya Enrique kerana mengurung aku di dalam bilik stor ini.

Aku bingkas bangun daripada duduk. Tangan naik menggosok hidung aku yang seperti mahu bersin. Terhidu banyak habuk barang kali. Mata aku masih leka memandang sekeliling bilik itu sebelum mata aku terjatuh pada sebuah almari yang terletak di sudut bilik itu.

Terus kaki membawaku ke sana. Aku memandang almari yang berhabuk dan bersawang itu. Terdapat banyak barang-barang kecil di dalam almari tersebut tapi sedikit pon tidak berjaya menarik perhatian aku. Aku memandang ke arah susunan buku yang bertambun di sebelah almari itu. Aku mengerut dahi. Terus aku mendekati susunan buku itu.

Aku mencapai sebuah buku. Bibir aku tercebik. Buku-buku perundangan negara. Apa yang best sangat tentang buku ni? Siapa punya buku ni? Mata aku terus memandang satu persatu buku itu sebelum mata aku tertancap pada sebuah yang bertajuk Memories yang berjaya menarik perhatian aku. Terus aku mencapai buku tersebut.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now