∆ EPILOG ∆

3.7K 85 37
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...

Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,

Cinta.... aku ingin mencarimu..

Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...

Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔






















"TAPI kenapa baru sekarang Tyara?" Soal Rafique.

"Tyara mintak maaf sebab tak bagitahu abang awal-awal. Tyara pon tak sangka benda ni akan berlaku. Benda ni tiba-tiba." Ucap aku dengan nada bersalah.

Rafique mengeluh berat. Wajahnya diraup kasar. Kesal dengan sikap aku barangkalinya.

"Bila pergi?" Soalnya.

"Malam ni."

"Malam ni?!!" Suara Rafique naik seoktaf. Terhinjut bahu aku, terkejut.

"Tyara dah gila ke apa? Majlis tu hujung minggu ni je Tyara. Tyara jangan buat keje gila boleh tak? Tak boleh tunggu lepas majlis ke?" Suara Rafique sudah berubah seperti terdesak. Nadanya seperti mahu menangis.

Rasa bersalah semakin menjentik tangkai hatiku.

Kepala terus aku gelengkan.

"Kalau kita tangguh boleh tak bang?"

Rafique memicit kepalanya. Aku tahu dia pening dengan perangai aku yang tiba-tiba sahaja ini.

"Berapa lama Tyara dekat sana?"

"Tak lama pon. Dalam tiga bulan macam tu."

"Tak lama Tyara cakap, tiga bulan tu lama Tyara. Lama bagi abang tahu tak. Perlu ke Tyara pergi sana? Tak boleh batalkan ke?"

Aku menggelengkan kepalaku.

"Tak boleh bang. Abang tahu kan, ni semua impian Tyara sejak dulu lagi. Tak kan Tyara nak lepaskan peluang ni macam tu je. Peluang bukan datang berkali."

Maafkan Tyara, bang...

"Apa? Benda tu lebih penting ke dari majlis kita? Entahlah, abang kecewa sangat dengan sikap Tyara. Ikutlah apa Tyara nak buat." Seraya berkata demikian, Rafique terus berlalu pergi.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now