Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
KALAU diberi peluang pada malam tu, aku tak kan masuk dalam kereta dia pada malam itu. Aku tak kan cuba wujud di hadapan dia. Aku tak kan pengsan malam itu. Dan aku akan membantah sekeras-kerasnya untuk berkahwin dengan dia andai aku tahu yang akhirnya, hati aku akan terluka dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia.
Keluhan terlepas dari bibir aku. Mata aku masih memandang ke arah kertas wasiat yang diberi oleh Enrique kepada aku. Kepala aku cukup pening untuk memahami apa yang sedang arwah mummy cuba lakukan. Jadi ni sebab mengapa Enrique membawa aku pulang ke banglo ini?
Dan sehingga hari ini, aku tak faham kenapa mummy pindahkan 70% hartanya padaku. Banglo yang sedang aku duduk ini juga atas nama aku. Masih aku ingat lagi sewaktu aku sampai di sini. Mereka hanya berterus-terang dengan aku yang mereka mahukan harta itu. Dan aku dibawa tinggal di sini juga adalah satu syarat dalam wasiat pemindahan harta itu. Kenapa? Kenapa mummy serahkan hampir semua hartanya kepada aku sedangkan aku hanya menantu di dalam rumah ni. Sudah semestinya aku tidak layak untuk mendapat harta ni. Anak-anak dia yang lebih berhak. Dan aku tahu, sudah sepastinya Enrique makin bertambah benci akan aku. Tetapi...
Tetapi seorang lelaki ini, dia hanya menatap wajahku tenang. Sesekali, aku lihat yang dia akan bermain dengan cincin di jemarinya. Dia banyak mendiamkan diri semasa abang dan adiknya membashkan aku. Sesekali, dia akan menyampuk bila perlu. Dia, Rafique Uwaish.
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
De TodoTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...