∆ BAB 49 ∆

2.8K 100 25
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...

Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,

Cinta.... aku ingin mencarimu..

Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...

Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔








































































SEPERTI mati terbunuh, hidup tetap dalam sebuah penyesalan. Aku memandang ruang sel yang kelam dan samar gelita ini. Badan aku sandarkan pada dinding konkrit yang sejuk. Rasa sejuk itu aku abaikan. Kepala juga aku sandarkan pada dinding konkrit. Tangan pula aku sandar pada kepala lutut.

Rata-rata penghuni sel dingin ini sudah lena diulit mimpi kecuali aku. Hanya aku sahaja yang masih segar. Alam mimpi pon tidak ingin untuk menjemputku ke alam lena.

"Enrique."

Hati aku berhenti berdetik untuk sesaat. Badan yang menyandar tadi mula aku tegakkan kembali. Mata aku meliar memerhati sekeliling bilik ini. Aku rasa telinga aku tak salah dengar tadi.

"I di sini Enrique. You cari siapa lagi." Suara itu bergema kembali.

Satu rasa menyapa di penghulu hati aku. Mata aku masih memandang sekeliling ruang sel penjara itu.

"I tahu jauh di sudut hati you, you cintakan I kan? Cuma ego sahaja yang buat you jadi macam ni." Suara itu bergema kembali.

"Tyara..." Nama yang aku rindui meniti kembali di bibir aku setelah hampir seminggu bibir ini tidak mengeluarkan suara. Sejak masuk ke dalam ruang ini, bibir aku seperti terkunci untuk berbicara.

"You dekat mana?" Soal aku dengan nada suara yang sudah bergetar.

"I ada dekat sini, Enrique. Sebelah you je." Aku terus berpaling ke arah sebelah kanan.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now