∆ BAB 22 ∆

1.6K 112 22
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔






















TANGAN aku masih ligat membelek rantai silver ini. Tipulah kalau aku cakap yang hati aku tidak sakit dengan penolakan Tyara. Tapi, itu pilihan dia.

Mungkin aku yang patut move on. Tapi aku tidak boleh berjanji yang diri aku akan bersabar kalau abang aku sakitkan lagi hati dia. Aku akan rampas dia balik sama ada Tyara rela atau tidak. Sebab pada awal lagi dia harus menjadi milik aku. Bukan abang aku.

Aku tidak faham kenapa mummy satukan Tyara dengan Enrique, kenapa bukan dengan aku? Aku bukan nak salahkan mummy cuma aku perlukan jawapan dia. Mengapa dan kenapa?

Keluhan terlepas daripada bibir aku. Badan aku sandarkan pada kerusi empuk ini. Satu kerja tidak jalan kerana dari tadi aku mengelamun.

Tuk!! Tuk!!

Ketukan pada pintu menyentak lamunanku. Terus rantai tadi aku simpan ke dalam laci meja. Kot putih yang tersarung pada tubuh aku betulkan. Kedudukan aku juga aku betulkan agar nampak berkarisma. Cermin mata yang terlorot ke hidung aku betulkan kedudukannya. Pen aku capai sambil berpura-pura sibuk.

"Masuk."

Aku dapat dengar yang pintu bilik aku terbuka. Namun, kepala tidak aku angkat. Mata tetap pada kertas yang berada di hadapan aku ini. Tak masuk pon sebenarnya. Tapi, aku tak tahu apa motif aku buat macam ni ae.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now