∆ BAB 37 ∆

1.7K 112 41
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔















































DUA TAHUN KEMUDIAN...

KAKI terus aku bawa menyelusuri laluan pejalan kaki ini. Baju sejuk yang aku pakai terus aku tarik rapat ke tubuh. Negara ni, walaupun matahari terpacak di atas kepala, namun cuaca dia tetap sejuk. Apatah lagi bila cuaca petang seperti ini.

Sesekali, mata aku memerhati ke sana ke mari. Musim luruh, sebab daun pepohon maple mula jatuh menyembah permukaan bumi. Berselerak di atas laluan pejalan kaki ini.

Hidung aku menghirup udara segar milik bumi Kanada ini. Alhamdullillah, dengan izin Allah, aku masih mampu bernafas sehingga ke hari ini. Malah, kaki aku juga masih gagah untuk membuka langkah.

Sengaja aku keluar daripada apartment milik Kak Sarah pada petang ini. Sudah aku minta izin dia bahawa aku mahu keluar pada hari ini. Mahu jalan-jalan sebelum aku berangkat pula ke Malaysia pada hari esok.

Di sini, petang dia lain. Pukul 6 sudah mula gelap. Malah, lampu di jalan juga akan terpasang. Dan aku juga seperti sudah lali dengan keadaan di bumi Kanada ini.

Ada juga segelintir masyarakat mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Masih ada yang berjoging pada petang-petang gini.

Sebenarnya, aku sudah berjaya menjalani rawatan itu tiga bulan selepas aku tiba di negara Kanada ini. Dan aku boleh pulang pada waktu itu. Tapi sengaja aku tinggal lagi di sini sampai dua tahun. Bukan apa, aku mahu pulihkan hati aku yang terluka. Aku mahu bina semangat baru dalam diri aku. Aku tidak mahu jadi lemah seperti dulu lagi. Aku mahu jadi kuat.

Dan selama tempoh untuk mencukupi dua tahun itu, aku telah bekerja sebagai pelayan kepada sebuah cafe. Dan, disinilah aku berdiri. Di hadapan cafe tersebut. Aku menarik nafas panjang sebelum mula membuka pintu cafe tersebut. Hari terakhir untuk aku bekerja di sini. Jangan risau, pemilik cafe ini juga asalnya orang Malaysia.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now