Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
"RAFIQUE..."
Rafique yang sedang enak melantak nasi goreng kampung itu hanya menghmmkan sahaja apabila nama dia dipanggil oleh Doktor Adam.
"Kau nak tahu kisah tak?" Soal Doktor Adam lagi.
"Kisah apa?" Soal Rafique sambil tangan dia menyuap lagi nasi goreng kampung ke dalam mulut bagai tiada apa-apa yang berlaku.
Doktor Adam dan Doktor Zafril saling berpandangan. Mereka tahu yang hubungan Rafique dan Doktor Ivy semakinbaik sangat sejak kebelakangan ini. Mereka tidak tahu sebab apa sampai dua-dua manusia itu memang jadi baik sebegitu dan sebulu. Asal bertembung je, mesti akan ada sesi menyakat sampai staf-staf hospital di sini mula perasaan akan kemesraan yang terpamer antara mereka. Dengar cerita, Rafique telah bocorkan tayar spare Doktor Ivy sampai gadis itu terpaksa membuat keputusan untuk pulang jalan kaki namun apa yang merasuk Rafique, lelaki itu sendiri murah hati untuk hantar gadis itu pulang. Tak tahulah betul ke tak sebab tu mereka nak tanya tuan punya badan di hadapan mereka tu?
"Err...kaulah tanya." Doktor Adam terus menyiku lengan Doktor Zafril.
"Eh, asal aku pula. Kau nak tahu, kaulah yang tanya." Bisik Doktor Zafril keras pada Doktor Adam.
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
RandomTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...