∆ BAB 45 ∆

2.2K 98 24
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...

Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,

Cinta.... aku ingin mencarimu..

Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...

Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔











AKU memandang jauh tubuh gadis yang sedang termenung jauh itu. Keluhan terlepas dari bibir aku. Aku faham perasaan dia yang baru sahaja kehilangan ahli keluarganya. Rasa itu sakit. Sama sakitnya sama seperti aku kehilangan Dayang.

Mahu menenangkan dia, entahlah tapi aku tidak ada niat mahu berbuat demikian. Mujurlah Adeena dan Adeera sudah tidur. Biarkanlah dia.

Aku terus melangkah menjauhi bilik Tyara. Aku menuruni anak tangga, mahu ke pejabat memandangkan ada beberapa tugasan yang harus aku selesaikan. Tiba di tangkah, aku bertembung dengan Jacliquen Anne yang baru pulang selepas membawa Firqan keluar.

"Abang nak pergi mana?" Soal Anne.

"Pejabat." Jawab aku sepatah sebelum terus menyambung langkah menuju ke pintu utama.

"Akak Tyara tu perlukan perhatian abang, abang sewenang-wenangnya tinggalkan dia sebab urusan pejabat yang tak habis-habis tu. Penting sangat ke kerja tu berbanding kak Tyara!" Selar Jacliquen Anne.

Aku menghela nafas perlahan.

"Yup penting. Lantak dialah. Dia sendiri yang tak dapat terima hakikat yang ahli keluarga dia mati." Lancang sungguh mulut kau Enrique.

"Cakap pada cermin ke bang? Bukan abang ke sendiri ke masih tak dapat lupakan arwah Dayang sebab tu abang sengaja sibukkan diri dekat pejabat sampai abaikan anak sendiri. Entahlah, Anne tak tahu nak cakap macam mana lagi. Abang ni memang ego. Anne harap suatu hari nanti abang akan menyesal dengan apa yang abang buat sekarang ni." Gerutu Jaclique Anne.

Baru sahaja aku mahu membalas, adik aku sudah terlebih dahulu naik ke atas dengan laju. Aku mengertap bibir tanda geram. Tanpa membuang masa aku terus menuju ke pintu utama. Lebih baik aku menghabiskan masa aku di pejabat lagi senang.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now