∆ BAB 8 ∆

2.1K 115 7
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔




























Three month later...

AKU menyusun barang-barang mandian shower cream dengan teratur di atas rak itu mengikut jenama dan saiznya. Sudah tiga bulan berlalu, itulah rutin harianku.

Dengan bantuan abang Andika dan isterinya, kak Zie aku berjaya mendapat sebuah pekerjaan di supermarket ini. Macam-macam kerja aku buat. Daripada menyusun barang sehinggalah menjadi cashier.

Pasal abang Andika, dialah lelaki yang menegurku sewaktu aku menangis di hadapan bangunan yang merupakan rumah pangsa itu. Dia yang mendukungku sehingga ke rumahnya. Nasib isterinya tidak cemburu. Dan paling bernasib baiknya, rumah yang aku duduk sekarang hanya bersebalahan dengan rumah abang Andika sahaja.

Sejujurnya, aku terkejut apabila dimana aku boleh menangis air mata darah. Aku tidak pernah tahu pon. Aku ingat, aku ada penyakit kronik tapi bila abang Andika membawa aku pergi hospital untuk melakukan pemeriksaan, doktor cakap aku tiada sebarang penyakit. Aku sihat.

Aku tidak tahu dari mana aku mewarisi air mata darah ni. Tapi, apa yang aku dapat simpulkan air mata darah ini datang daripada hati aku yang berdarah. Hati aku tidak mampu untuk terus memendam rasa sakit itu lagi lalu dia hamburkan segalanya melalui fizikal aku. Aku tidak tahu sama ada ianya kelebihan atau kelemahan aku.

"Aya, amoi!! Lu kerja manyak belangan woo, kalau ini macam sikap youlah, I boleh manyak lugi!!" Tiba-tiba, satu suara yang tidak asing bagi aku menyergah.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now