∆ BAB 7 ∆

2.1K 115 18
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔











































AKU memandang ke arah bangunan yang tersergam indah di hadapan aku itu. Kemudian, aku memandang ke arah Enrique yang sedang menjawab panggilan di dalam kereta. Dia suruh aku keluar dulu. Aku memandang dia dan bangunan yang nampak agak lama tapi masih cantik itu secara bergilir-gilir.

"Lepas ni, kau tinggal dekat sini. Aku dah bayar rumah tu cash atas nama kau." Satu suara bersuara.

Enrique sudah berdiri di sebelahku sambil memasukkan tangannya ke dalam poket. Aku mengerut dahi. Dia betul-betul maksudkan semalam yang dia nak aku keluar daripada banglo itu. Entah kenapa hati ini serasa dicarik-carik. Sakit.

"I tinggal dekat sini? Habis you?" Aku mengertap bibir aku apabila aku baru sedar dengan struktur ayat yang terkeluar di bibirku. Macam aku mengharap sangat yang dia akan tinggal bersamaku.

"Aku tinggal dekat banglo tulah. Look, aku beli rumah tu untuk kau pon dah kira cukup baik. Mula sekarang, kau jangan muncul dekat depan aku sekali. Jangan kau sesekali berani tunjukkan wajah kau depan aku. Kau tinggallah dekat sini. Kau nak buat apa aku tak kisah. Kau nak pergi mati sekali pon aku tak kisah." Ucapnya dingin.

Hati aku terasa sebu. Kalau tidak kerana janji aku pada mummy, sudah lama aku tinggikan suara kepadanya. Sampai begitu sekali dia bencikan aku.

"Mummy harap sangat yang Tyara bersabar dengan sikap Enrique. Memang dia tidak layan Tyara dengan baik tapi mummy juga harap yang Tyara hormat dia. Jangan lawan cakap dia."

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now