Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
AKU menyarungkan baju kurung yang berwarna merah ke tubuh aku. Memang baju kurung ini cantik kerana dia mempunyai potongan badan tidak terlalu ketat atau longgar di tubuh aku. Baju kurung ini dihiasi dengan labuci hitam di bahagian lengan dan leher. Sayang yang di bahagian leher ini terlindung kerana aku memakai tudung crepe hitam yang aku gayakan bawal.
Lipstik merah terus aku oles ke bibir aku. Hanya sekadar untuk menambahkan seri. Jam di pergelangan aku pandang. Sudah pukul 9 pagi.
Nafas aku hela berat.
"Betul ke apa yang aku buat ni?" Gumam aku sendirian.
Tangan menampung tubuh aku di meja sisi. Wajah aku pandang dalam pantulan imej di cermin itu. Walau macam mana pon, aku tak boleh berpatah balik. Aku sudah buat keputusan jadi aku harus teruskan jua.
Abang Andika dan Kak Zie sudah berjanji untuk menemani aku ke mahkamah pada hari ini.
Tukk! Tuk!!
Bunyi ketukan di pintu bilik menyentakkan aku. Terus aku berpaling ke arah pintu yang masih bertutup. Kaki aku bawah mendekati pintu. Tombol pintu terus aku pulas. Terserlah wajah ayu milik Kak Zie di situ. Aku melemparkan senyuman.
"Ara dah siap?" Soal Kak Zie.
Aku hanya menganggukkan kepala aku.
"Kejap. Ara nak ambik handbag." Ucap aku lalu berlalu semula ke dalam bilik. Handbag yang terdampar di atas katil terus aku capai berserta dokumen yang aku perlukan. Aku kembali ke pintu untuk mendapatkan Kak Zie.
"Jom."
Kami terus berjalan menyelusuri ruang bilik-bilik istana ini. Walaupun sudah melebihi seminggu aku tinggal di sini, tapi aku masih tidak hafal akan setiap laluan di istana ini. Kalau silap jalan, boleh tersesat aku.
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
De TodoTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...