∆ BAB 18 ∆

2.4K 114 33
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔





























AKU mengeluh bosan. Duduk di rumah ini tanpa buat apa-apa betul-betul membosankan aku. Aku tidak tahu nak buat apa. Sudah seminggu aku berhenti kerja. Kalau aku nak buat kerja rumah, Mak Miah pula tak kasi aku. Typical orang mengandung tak boleh buat apa-apa.

Keputusan yang aku peroleh daripada doktor, jantina bayi aku belum dikenal pasti kerana bahagian kemaluan dia terlindung. Dan apa yang mengejutkan aku ialah aku mengandungkan bayi kembar. Memang aku gembira dan perasaan sayang terhadap anak ini semakin membuat-buat.

Aku bingkas bangun. Tangan aku mengangkat jari aku seperti mengira sesuatu dan ternyata kiraanku berjaya membuat jantung aku berdebar. Aku pantas berdiri. Berjalan ke hulur dan ke hilir. Tak silap aku, esok merupakan hari pernikahan Enrique dan Dayang.

Hati aku terasa sebak. Tangan naik menekap dada. Punggung aku jatuh ke birai katil semula. Aku tak tahu apa yang harus aku buat untuk tawan hati Enrique. Berkali-kali aku cuba untuk mendekati dia. Tapi, apa yang aku dapat hanyalah tekingan dia.

Keluhan terlepas daripada bibir aku. Aku bingkas bangun daripada katil. Kaki melangkah ke arah balkoni. Bayu angin pagi menampar lembut kulit wajahku. Rambut aku yang hitam pekat terus beralun mengikut melodi angin. Sedikit sebanyak dapat menenangkan hati aku.

Kelihatan Mak Miah sedang kusyuk menyiram pokok bunga raya dan kertas di bawah sana. Dalam rumah ini, hanya Mak Miah, Rafique dan Yusra sahaja melayan aku dengan baik. Jacliquen Anne, hanya tahu menengking aku sahaja. Tuan Malique pula yang ni setiap renungan dia bikin bulu roma aku merinding. Manakala Enrique, aku rela lelaki itu jadi bisu sebab setiap kali dia buka mulut, ayat dia seperti pisau belati yang menghiris hati aku.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now