∆ BAB 29 ∆

1.7K 111 49
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔




















TANGAN aku terasa makin sejuk apabila tiba di meja makan yang boleh memuatkan berpuluh orang. Dan darah aku semakin gemuruh apabila semua mata yang berada di meja makan itu memandang ke arah aku. Boleh tak kalau aku nak patah balik semula ke dalam bilik? Tapi, macam mana aku nak patah balik kalau dua orang pengawal istana sudah berdiri di belakang aku. Pengawal istana?

Terasa macam dalam mimpi apabila aku menjejakkan kaki ke dalam istana. Aku tidak tahu kenapa diri aku dibawa ke sini. Dan aku juga tidak tahu siapa yang bawa aku ke sini. Masih ingat dayang istana yang memanggil aku tengku. Aku berdarah diraja ke?

Kepala aku tundukkan. Takut mahu mengangkat muka. Yelah, yang berhadapan dengan aku ni semua kerabat diraja kot. Terasa kerdil pula diri aku.

"Tyara..." Aku mengangkat muka aku apabila nama aku dipanggil. Aku memandang satu persatu wajah asing di hadapan aku sebelum pandangan aku terhenti pada wajah Kak Fie dan abang Andika. Mereka pon ada dekat sini?! Apa hubungan mereka dengan keluarga diraja ni?

"Maaf Tuanku. Patik...errr...hamba...tuan hamba..." Boleh tak aku nak lari menyorok bawah meja sekarang ni?

Sumpah aku tak tahu nak cakap bahasa istana. Aku tahu patik dengan hamba je. Namun, aku terciduk apabila ruang meja makan itu bergema dengan tawa mereka. Ada juga yang aku kira sebaya aku. Namun, memang semua nampak muda-muda belaka. Yang perempuan lawa-lawa gila manakala lelaki pula kacak-kacak nak mati.

"Tak payah nak formal sangat Tyara. Cakap je macam biasa." Ucap seorang gadis yang seperti sebaya dengan arwah mummy yang berada berhampiran dengan aku.

Aku tersenyum kekok. Tak, masalahnya semua jangan pandang aku.

"Jemput duduk Tengku Tyara." Pelawa seorang lelaki yang agak berusia yang duduk di hadapan sana. Mungkin itu Tuanku.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now