Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
AKU merenyuk kasar surat yang baru aku dapat itu. Surat yang pernah arwah mummy kasikan pada aku sebelum dia menghembus nafas terakhirnya. Aku tidak tahu macam mana aku boleh melupai perihal surat ini. Sewaktu mahu mengambil fail tadi, surat ini tiba-tiba jatuh.
Tangan naik mengusap wajah aku berulang kali. Cuba menenangkan perasaan yang bercampuk aduk saat ini. Marah, gembira, menyesal, kecewa semuanya ada.
Aku memejam mata aku seeratnya. Sumpah, aku serabut saat ini.
Tuk! Tuk!
Ketukan di pintu bilik menyentakkan aku. Badan yang bersandar pada kerusi terus aku betulkan kedudukan. Tali leher aku betulkan dan tangan aku terus mencapai pen yang berwarna hitam.
"Masuk." Sepatah arahan aku berikan sebelum wajah Darnish muncul dengan riak dingin. Dia hanya berdiri di muka pintu sahaja tidak masuk. Aku sedikit pelik dengan tingkah dia yang tiba-tiba nak buat muka depan aku.
"Ada orang nak jumpa kau." Ucap dia juga turut dingin. Dahi aku berkerut.
"Siapa?" Soal aku.
"Entah." Jawab dia sepatah sambil tidak memandang tepat ke arahku.
"Suruh dia masuk jumpa aku." Ucap aku.
Tidak membalas apa-apa, dia mula menutup pintu semula tapi aku sempat menahan.
"Darnish, kau okey ke?" Soal aku. Yelah, Darnish jarang nak buat perangai macam tu dengan aku. Tapi, kali ni dia macam nak mengelak je dari aku. Biasanya, dia akan sama-sama melepak di dalam bilik aku ni. Tapi tadi, aku tegur pon dia balas acuh tak acuh sahaja.
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
RandomTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...