∆ BAB 40 ∆

2.1K 120 52
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...

Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,

Cinta.... aku ingin mencarimu..

Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...

Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔










AKU menyarungkan blouse long sleeves yang berwarna kuning cair ke tubuh. Dipadankan dengan skirt labuh yang berwarna hitam paras buku lali. Shawl berwarna cream pula terus aku lilit ke kepala. Sesekali, mata aku memandang ke arah si kembar yang bermain di atas katil aku. Takut pula mereka tergolek jatuh ke bawah.

"Ma..."

"Ye sayang..." Panggilan Adeena aku sahut sambil tangan sibuk mengepin tudung di atas kepala aku. Takut senget.

"Ite ane?" Pelat kanak-kanak berusia hampir dua tahun itu mahu menuturkan kata.

"Kita pergi ambik abang sayang." Ucap aku.

Ya, hari ini adalah hari menentukan hak penjagaan Firqan. Siapa yang lebih berhak? Aku atau Furqan?

Setelah puas hati dengan penampilan aku, aku bergerak mendekati Adeena dan Adeera. Terus si kembar itu aku turunkan dari katil. Tanpa sedar, keluhan terlepas dari bibir aku apabila teringat akan ugutan abang Enrique sewaktu pentengkaran kami tiga hari lepas. Dan pada malam itu, merupakan kali terakhir aku nampak abang Enrique. Esok pagi tu, aku lihat dalam bilik dia kosong sewaktu aku ingin memanggilnya untuk turun bersarapan sama. Dan sehingga hari ni, dia masih tidak pulang. Entahlah, semakin hari makin aku tak faham dengan abang Enrique.

"Deena, Deera.." Seru aku pada si kembar itu. Mereka terus memandang ke arah aku apabila aku memanggil mereka.

"Deena dengan Deera sayang mama tak?" Soal aku. Laju sahaja kembar itu menganggukkan kepala mereka.

"Kalau diberi pilihan nanti, Deena dengam Deera pilih mama atau daddy?" Soal aku.

Mereka terdiam sebentar. Ah, budak masakan mereka mengerti masalah orang dewasa. Otak mereka masih suci dengan masalah dunia. Apa je yang mereka tahu? Yang mereka tahu main, makan dan tidur. Bebasnya jadi seorang budak kerana mereka tidak perlu memikirkan masalah dunia.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now