∆ BAB 44 ∆

2K 91 30
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...

Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,

Cinta.... aku ingin mencarimu..

Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...

Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔



















"AWAK dah beritahu Dinda yang kita nak jumpa hari ni?" Soal aku pada Furqan.

Furqan hanya mengiakan sahaja. Dia melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan dengan aku.

"Andika cakap, awak nak jumpa saya. Sebab apa?" Soal dia.

"Kita makan dulu ye. Jangan risau, saya takde niat jahat." Ucap aku cuba meyakinkan Furqan.

Tangan aku angkat untuk mengamit pelayan. Seorang pelayan yang kebetulan ada di situ terus melangkah mendekati meja kami. Aku terus memesan makanan aku begitu juga dengan Furqan. Setelah mengambil pesanan, pelayan itu terus berlalu pergi.

Mata aku melilau sekeliling restoran ini. Tidak banyak yang berubah.

"Tak banyak berubah kan tempat ni. Masih sama macam dulu. Mesti awak ingat lagi kan?" Soal Furqan.

Aku mengukir senyuman.

"Sampai bila-bila pon saya tak kan lupakan. Saya ingat sampai saya mati. Tempat yang banyak simpan kenangan antara kita." Ucap aku.

Mata aku memandang ke arah Furqan. Dia juga turut memandang ke arah aku.

"Bukan mudah untuk lupakan cinta pertama kita Furqan kan? Tapi lagi sakit untuk lepaskan cinta yang seterusnya kepada orang lain." Tutur aku. Terus pandangan aku larikan ke arah lain.

Memang bukan mudah untuk aku lupakan Furqan kerana dia adalah cinta pertama aku. Dia cinta pertama aku tapi bukan cinta yang terakhir aku.

"Firqan macam mana? Dia sihat?" Soal Furqan cuba mengalih topik.

Aku yang sejak dari tadi memerhati dekorasi restoran ini terus berpaling memandang ke arah Furqan. Aku mengukirkan senyuman lalu kepala aku anggukkan.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now