Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
AKU merenung tajam ke arah peguam peribadi mummy yang melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan aku. Daddy aku Tuan Malique, bini muda dia dan adik-adik aku juga turut terkejut dengan apa yang baru disampaikan oleh peguam yang sebaya dengan daddy aku tu.
"This is very nonsence!!! How come I didnt get any part of her asets as her husband?!" Suara daddy aku memetir bagai halilintar. Eh, orang tua ni, habis apartment yang kau beli guna duit mummy tu beratus ribu tu bukan harta ke?
Tapi itu aku tak ambik kisah. Yang aku tak boleh terima apabila 70% harta mummy sudah dipindahkan ke atas nama Tyara. Manakala, kami tiga beradik hanya dapat 10% peratus je. Kenapa mummy buat macam ni? Siapa anak kandung dia sebenarnya? Dan banglo yang kami duduk ini juga atas nama Tyara menurut apa yang dibaca oleh peguam peribadi mummy, Encik Rosdi. Bila masa mummy buat wasiat ni?
"Ada bantahan?" Soal Encik Rosdi.
"Ye!" Serentak aku, daddy dan adik perempuan aku menjawab. Manakala, Rafique hanya diam tidak bersuara. Nampak tenang sahaja.
"Apa dia?"
"Macam mana nak dapat balik harta tu?" Soal aku laju. Jaclique Anne dan daddy aku hanya mengangguk.
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
DiversosTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...