Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
BAGASI yang berwarna hitam terus aku tarik sambil melangkah turun daripada cruise ini. Udara segar mula menyapa wajah aku.
"Kau sure tak nak kami teman kau?" Soal Mardah.
Aku mengerling ke arah Mardah dan Zania yang sudah berdiri menghadap aku. Aku hanya menggelengkan kepala aku sambil tersenyum.
Mardah, Zania dan Shane juga sudah tahu perkara yang terjadi aku dalam tempoh masa hampir setahun itu. Banyak jugalah carutan dan makian yang mereka hadiahkan pada Enrique. Ehem, bukan aku yang cerita pada mereka. Siapa lagi kalau bukan mulut kepoh macam murai tercabut ekor si Yusra tu. Dalam diam, Yusra pon tak berkenan juga anak tiri dia yang satu itu. Anak tiri? Terasa lawak di situ.
"Eh, abang aku dah sampai tu. Aku balik dulu." Ucap Zania.
Dan kami terus berpelukan sebelum Zania terus menghampiri kereta abangnya.
"Jangan lupa kirim salam dekat abang kau." Jerit Mardah.
Hak alah minah ni, tak sedar diri tu dah bertunang.
"Aku tak tahu pula yang Zania tu ada abang. Bukan semua adik beradik dia perempuan ke?" Ucap aku.
"Kau apa tahu. Dia adalah abang. Seorang. Dia ada lima adik beradik. Abang dia hensem tahu. Aku pernah jumpa. Banyak kali juga. Tapi sayang..." Keluh Mardah.
Aku mengerut dahi.
"Sayang kenapa pulak?" Soal aku.
"Abang dia tu hensem, hensem dah. Tapi perangai lembut macam perempuan. Tak silap aku Zayne Hamsyar gitu nama. Kacak cun habis. Kalah tunang aku." Halak minah ni, puji melangit pulak. Kalau tahu dek tunang dia ni, mahu meroyan kalau tiba-tiba kena ajak putus.
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
RandomTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...