Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
MEDIA=
MUHD FURQANAKU menyisip sedikit air milo panas untuk membasahi tekak. Manis. Manis macam orang yang membuatnya. Mata aku cuba meninjau ke dalam rumah. Entah kenapa aku berharap sangat yang dia bakal muncul di pintu itu. Melihat aku sambil tersenyum manis.
"Kau cari apa?" Soal satu suara garau.
Aku terus memandang ke arah Darnish yang duduk di hadapanku. Aku tersenyum malu. Belakang kepala aku garu. Alahai, macam manalah boleh kantoi dengan Darnish ni.
"Kau cari Dayang ke?" Soal Darnish.
"Siapa Dayang?" Soal aku pura-pura tidak tahu. Padahal, memang betul.
Darnish tergelak kecil.
"Kau tak payah kura-kura dalam perahulah Enrique. Aku kenal kau bukan tadi tahu. Tak kan kau tak ingat Dayang?" Ucap Darnish.
Aku tergelak. Macam tahu-tahu sahaja Darnish ni apa yang aku cari. Langsung aku tak boleh berahsia dengan dia.
"Aku ingatlah. Mana tak ingat awek yang aku selamatkan waktu dekat tasik dua hari lepas. Aku tak tahu pula kau ada lagi seorang adik bongsu. Aku ingat, Dinda dengan Muliaz je adik kau." Ucapku.
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
DiversosTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...