2008
" Izreena! Cepat la Kambing! Abang dah lambat ni! " jerit Abang Izzul dari bawah.
Bising betul mamat seekor ni. Tak tau sabar betul. Chill la.. Macam tak biasa dengan perempuan
" Kejap!!! " balas aku pula. Cepat-cepat aku ambil phone di dalam laci kemudian bergegas turun ke bawah. Tiba di bawah, aku menyarung kasut snickers ( sori tak tau eja ) hitam yang aku suaikan dengan skirt pendek bawah lutut dan baju tshirt kuning lengan pendek. Rambut ikal paras bahu aku dibiarkan lepas. Siap! Segera aku masuk ke dalam kereta kelabu milik Abang Izzul.
Kereta Abang meninggalkan perkarangan rumah banglo kami.
This is my life. Aku tinggal dengan Abang je. Abang umur 19. Lesen tak dak lagi tapi sibuk bawak kereta. Walaupun hidup berdua, tapi kami hidup senang. Oh ya. My mom dah meninggal when i was 9 kowt.. And my Dad went to Australia when i was 1 years old. Sampai sekarang aku tak jumpa my own dad yet. Abang pun diam je. Tak cakap apa apa langsung pasal benda ni.
Selepas 10 minit, kami tiba di perkarangan rumah Acik Siti. Babysit aku hehe. Maklumlah baru 11 tahun. I cant protect my self at home.
"Alright, sampai. Dengaq cakap cik siti" Pesan Abang.
"Tau la den jaga diri" balas aku sambil bersalaman dengan Abang.
Aku melambai tangan selepas kereta Abang bergerak dari tempat parkir keretanya.
"Iz dah sampai? Tak dengaq pun bunyi kereta tadi" kata Acik Siti yang baru keluar
Aku tidak membalas sebaliknya bersalaman dengan Acik Siti yang dalam lingkungan 40-an.
"Nak Iz hantar makanan kat rumah Mel tak ?" Tanya aku. Memang rutin aku akan hantar makanan ke rumah Melati. Ni pun sebab Melati tu orang susah.
" Ha sabarjap. Acik ambil makanannya" Acik siti berpatah balik masuk ke dalam rumah teres nya itu.
Beberapa minit kemudian Acik Siti kembali dengan satu plastik merah berisi makanan.
" Okay, Iz pergi dulu" kata aku dan terus melepasi pintu pagar rumah Acik Siti.
" Baik baik jalan!" Balas Acik Siti pula.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ahhh penatnyaaaa. Eleh gedik ah ko. 12 meter je pun. Nasib 12 meter kalau 12 km? Fuh kurus aku. Panas panas macam ni sedap weh minum air milo ahhh nikmat dia. Langkah aku terus singgah ke kedai runcit.
Setelah melangkah masuk aku bergerak ke peti ais di sebelah kiri. Tangan aku meraba raba kotak milo untuk mencari air yang sejuk. Pergh semua yang sejuk kat belakang seh. Aku mencapai kotak milo dan kemudian beratur.
Dihadapan aku terdapat seorang budak lelaki. Kulitnya gelap. Rambut macam durian. Pendek pulak tu. Mungkin dalam lingkungan 9-10 tahun?
"Rm2.50 dik" kata penjual itu kepada budak lelaki tadi.
" Aik bukan rm1.50 ke?" Bantah budak lelaki itu
" Semalam yang adik beli tu aiskrim batang. Yang ni aiskrim kon. Padanlah harganya mahal sikit" balas penjual itu lagi.
Fuhh macam tengok drama. Kalau ada popcorn mesti lagi syok.
Wajah budak lelaki itu kelihatan monyok. Kemudian dia mengambil semula aiskrim kon tadi ingin memulangkan ke tempat asal.
Aku terus merampas ais krim yang dipegang oleh dia.
"Bayar sekali bang" kata aku.
Selesai membayar aku berikan aiskrim tadi kepada budak lelaki itu.
"Nah, harini hari kau." Kata aku sambil melangkah keluar.
Ceh, tak de ucapan terima kasih ke bhai. Takpe takpe, aku tak mengharap semua tu. Aku buat ikhlas.
Baru sahaja ingin minum air kotak tadi, suara abang seakan akan kedengaran di gegendang telinga.
'Makan ke minum ke duduk.'
Aku segera bergerak ke bangku berdekatan. Kemudian aku menjamu selera air tadi. Fuhh nikmatnya Allah je yang tahu.
Selepas habis air kotak diminum, aku bangun ingin membuang kotak air tersebut ke dalam tong sampah. Tiba tiba aku terdengar bunyi esakan seseorang dari celah celah lorompng berdekatan. Kotak tadi aku buang dan segera bergerak ke lorong tadi.
Aku mengintai dari jauh. Eh? Budak tadi? Tapi dia sedang menangis dan terduduk. Seorang lelaki yang baya aku sedang memarahi nya. Buli ke? Aku pantang nampak pembuli. Segera aku menyinsing lengan aku. Eh lengan dah memang pendek. Ah sengal.
Aku berlari ke arah pembuli itu lalu menolaknya sehingga jatuh.
Riak wajah nya tidak dapat dibaca. Terkejut, marah semua dalam satu wajah. Hahahah tau takut. Tiba tiba dia bangun kembali dan ingin memukul ku pula.
Haha dah agak
Tanganku lincah dimasukkan ke dalam poket skirt. Aku mengeluarkan pisau yang dari tadi aku simpan di dalam poket. Aku acukan ke arahnya manakal sebelah tangan lagi aku memgang telefon.
"cubalah! Aku call polis! which one?!" ugut aku
dia menjatuhkan semula tangannya tetapi tidak berganjak. Dia melihatku dengan pandangan tajam. Heh, pikir aku takut? Aku pun buat benda yang sama tidak mahu mengalah.
"Cakaplah!" Kata aku lagi.
Kemudian dia beredar dari situ. Sempat dia meludah ke tepi sebelum pergi.
Ceh. Ludah, ludah. Virus kau tahu?
Aku melepaskan nafas lega. Aku pun takut sebenarnya. Manalah tahu dia tak takut dengan aku and bertindak lebih agresif.
Aku pandang budak itu. Air mata dia bertakung. Ceh, jangan jadi lemah lah budak. Sebab budak macam kau ni la, kau kena buli kau tahu? Ais keim dia yang dibeli tadi sudah cari tumpah ke tanah. Aku mengeluarkan dompet. Ada dua keping rm5 dan empat keping rm10 . Aku mengambil rm10 lalu menghulur kepada dia.
"Pergi lah beli yang baru." Kemudian aku blah. Aku tahu dia takkan kata terima kasih. Jadi buat apa tunggu?
"Awak" tegur dia. Aku menoleh.
"Terima kasih" finally. Kena bagi rm10 dulu ke baru boleh ucap? Aku tidak memberi riaksi malah menyambung perjalanan.
"Awak" aku menoleh lagi. Ape kau nak lagi ni haih rm10 tak cukup lagi ke? Nak rm50 pulak?
"Saya rasa awak comel" aku termenung seketika. Jap, dia kata apa tadi? Comel? Serupa kentang putar aku tengok ade lah. Muka aku merona merah. Aish tak boleh jadi. Aku sambung perjalanan tetapi langkahku dipercepatkan.
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romance" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "