Aku menguap. Aku mencapai jam loceng di sebelah katil. 8.30 pagi. Aku menggagahkan diri bangun. Kemudian aku turun ke bawah.
Mana abang? Tak akan tak bangun lagi. Tiba-tiba aku terdengar bunyi kuali seperti orang sedang memasak.
Aku tak berani nak tegur abang. Jadi aku ingin ke atas semula.
Baru sahaja ingin menaiki tangga, abang tegur. " Iz. Awal bangun. Jom la sarapan" ajak abang. Reaksinya seperi tiada apa yang berlaku. Matangnya fikiran abang.
Aku duduk di sebelah abang.
"Ab-Abang masak apa?" Tanya aku cuba memberanikan diri bermesra semula dengan abang. Manakan tidak, abang seorang sahaja yang aku ada. Ibu meninggal. Ayah hilang entah kemana.
"Cuba teka" balas abang sambil tersengih. Dengan caranya, aku dapat tahu yang dia tidak lagi marah.
Aku menghidu dengan kuat. Serta merta mata aku membuntang. Kejap, aku tahu bau ini
"Nasi goreng pataya ke???" Tanya aku teruja.
"That's right baby" kata abang sambil membuka penutup makanan.
"Kyaaaaa!" segera aku mencedok nasi ke dalam pinggan. Berseleralah aku punya sarapan hari ini. Abang tergelak kecil melihat telatah aku.
Suasana sunyi semula.
"Abang..." Panggil aku meleret. Abang memandang aku sambil mengangkat kedua dua belah kening.
"Iz minta maaf.. Iz tahu Iz salah.. Lainkali Iz tak buat dah. Iz cuba jaga batas." Kata aku sambil menarik-narik baju T-shirt abang. Air mata terjatuh juga. Ah kenapa lah aku ni emotional sangat.
Abang bangun lalu melutut di hadapan aku supaya tinggi kami sama.
"Abang tak ambil hati pun. Abang tahu abang salah juga sebab tak didik Iz dari kecil. Dah dah sayang.. Lepas ni dengar cakap abang eh? Tak boleh la abang gaduh lama lama dengan Iz.. Nanti abang rindu" pujuk abang sambil menarik batang hidung aku. Abang comel!
Kemudian abang bangun untuk duduk semula. "Makan cepat. Lepas ni kita pergi date" kata abang.
Aku teruja. "Only us?" Tanya aku ingin kepastian.
"Only us" balas abang pula sambil tersenyum.
"No kak Hani?" Tanya aku lagi.
"Hmm haah lah. Abang tak boleh lah pergi tanpa kak Hani." Usik Abang Izzul.
"Abang ni..." Kata aku dalam nada merajuk.
"Ye sayang. No kak Hani." Kata Abang lagi.
"No Aden?" Usik abang lagi.
"Apa pulak sampai ke situ" aku mengerutkan dahi.
"Manalah tahu Iz nak ajak dia kan" kata abang sambil menjamah nasi goreng patayanya.
"Tak boleh. Only. Us." Kata aku tegas.
Kemudian kami berdua ketawa.
******************
Aku dan Abang Izzul berjalan seiring ke Medan Selera di dalam bangunan KLCC.
Ramai orang membuatkan kami tidak beratur membeli makanan disitu."Iz nak makan apa?" Tanya abang kepada aku sambil menjinjing tangan. Sweet kan kami?
"Iz nak makan rotiboy. Air nak beli kat Starbuck je. Abang pulak? " Balas aku.
"Abang ikut Iz je"
Kemudian kami berdua bergerak ke Starbuck selepas membeli rotiboy.
Usai sahaja membeli air, kami mencari tempat duduk berdekatan dengan kedai Starbuck tadi. Alhamdulillah, ada satu meja kosong yang ada empat kerusi. Kami duduk bertentangan.
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romansa" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "