- 2 4 -

1K 72 0
                                    

N/A: bab ni mungkin panjang sikit. Jangan boring ya.

Last Day ( tengah hari / petang )

"Siapa sampai dekat basikal dulu dia menang!" Kata aku lalu berlari meninggalkan Aden.

Aden yang terdengar terus memecut aku. Disebabkan aku yang lari dulu, aku yang mendahului dia.

Namun perasaan bangga tu tidak lama apabila ada hamba Allah yang tolak aku sehingga jatuh.

"Ya Allah, Hanim! Kenapa buat Iz macam tu?!" Marah Aden lalu meluru ke arah aku.

Hanim hanya menunjukkan muka puas lalu pergi dari situ.

"Rileks la. Ni Iz tahu?" Kata aku lalu menarik Aden supaya jatuh sekali. Terus aku memecut lari meninggalkan Aden yang masih terpinga-pinga.

"Aku menang! Bagi hadiah!" Kata aku sambil tersengih.

"Yelah, nanti aku baca kan surah sebagai hadiah" usik Aden.

Aku segera membuat muka masam. Tak habis-habis nak ungkit!

"Kita nak pergi mana Aden?" Kata aku dengan mata bersinar-sinar.

"Bandar." Jawabnya pendek. Aden sedang sibuk meletakkan beg di dalam bakul.

"Serious? Yesss!!!!" Aku menjerit kecil.

"Kita satukan basikal ni, Iz. Aku risau lah. Jalan besar yang kita lalu nanti" kata Aden

Aku mengangguk setuju.

Selesai menyambungkan dua basikal, aku segera naik ke atas.

"Jom! Lead Me, Aden!"

Aden menggeleng sambil tersengih.

"Where to?" Tanya Aden dengan nada lembut.

"Bandar! Here we come!"

******************

Aden sedang ralit mengunci tayar basikal kami. Selesai mengunci, kami duduk di pondok menunggu kehadiran bas menjemput kami.

Nasib baik tidak perlu tunggu lama. Selepas 2 minit melabuhkan punggung, bas akhirnya tiba. Kami menaiki bas tersebut.

Kedudukan kami seperti biasa lain kerusi tetapi barisan yang sama.

Pandangan aku didokuskan keluar tingkap. Aden sibuk melihat telefon.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Lagu Invisible berkumandang di dalam bas. Laju tanganku menjawab telefon. Nasib baik tak ramai sangat orang.

Aden kelihatan tergelak kecil. Cis.

"Hello?" Tegur aku. Just in case orang yang telefon aku bukan orang islam. Tidak sempat aku nak menatap nama pemanggil tadi.

"Tenung apa?" Tanya Aden melalui telefon. Ceh dia ke telefon. Buang masa. Terus aku menutup talian.

Aden kambing: sombong nya akak tu tak jawab panggilan kita.

Me: Biarlah. Tak ganggu hidup orang tu pun.

Aden hanya bluetick mesej aku. Aku terus menutup telefon. Pandangan dicampak keluar semula.

*****************

Kami berjalan masuk ke dalam Tanjung Emas.
Sebelah pejalan kaki terbentang luas laut. Dari sini boleh nampak istana sultan.

Sepanjang perjalanan kami senyap.

Mata aku tertangkap sebuah taman permainan. Aku laju meninggalkan Aden.
Dia kelihatan terpinga-pinga melihatkan aku berlari. Kemudian dia turut berlari mengejar aku.

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now