- 3 1 -

1K 77 3
                                    

Kami duduk bertentangan. Sudah 1 minit kami tidak bersuara.

Awkward..

"Hai, Iz" tegur Aden.

Aku mengangguk kecil sebagai balasan.

"Cantik tudung kau" puji Aden.

Aku memandang ke jalan raya.

"Memanglah cantik, kau yang beli." balas aku.

"Hoodie kau pun cantik juga" sambung aku lagi.

Aden tergelak kecil.

"Kalau kau pakai sama mungkin lagi cantik kot"

"Aku kan kerja. Kena la pakai baju kerja" balas aku pendek.

Kami diam lagi.

"Betulkan?" Tanya Aden.

"Apa yang betul?" Tanya aku pula.

"Prediction aku kita akan jumpa lagi. And here we are " jawab Aden.

"Kalau kau tahu kenapa kau menangis masa aku pergi?" Tanya aku pula.

Aden diam.

"Kau dah ada orang punya ke?" Tanya aku selamba wahal hati ni Ya Allah kenapa aku tanya!

Aden terdiam lalu menunduk.

"Sorry Iz. Dah ada.."balas Aden

"Eh tak apa lah. Aku bukan nak ajak kau kahwin pun" kata aku dengan mengawal reaksi muka.

Padahal hati ni berkecai dengar. Buang masa aku je 9 tahun ni..

"Oh hahahah okay okay. Eh tak nak makan ke?" Tanya Aden.

"Eh tak pe lah, baru habis lunch tadi. Aku nak cepat ni balik ofice . Pergi dulu eh. Sorry pasal tadi" kata aku lalu mengambil beg tangan aku yang diletakkan di atas meja.

Baru dua langkah bergerak, Aden memanggil.

"Eh, Iz! Nak nombor kau boleh?" Kata Aden lalu memghulurkan telefonnya.

Aku menapak ke arahnya semula. Selepas memberi nombor aku, aku terus pergi dari situ tanpa berkata apa-apa.

Aden memandang aku sayu.

**************************

Aku menepuk-nepuk stereng beberapa kali.

" Kau jahat Aden! Jahat! Jahat! Jahat! Kalau aku tahu kau dah ada orang lain aku cari juga orang lain!" Marah aku di dalam kereta.

Kepala aku dihentukkan pada stereng kereta. Tiba-tiba kepala aku terhentuk bahagian hon.

Bahu aku terhinjut mendengar bunyi hon yang nyaring itu.

Aku bersandar pada kerusi.

Air mata aku jatuh. Sia-sia lah 9 tahun aku.. Betapa ramainya aku reject sebab tunggu dugong tu. Dasar...

Apabila puas memaki diri sendiri, aku keluar dari kereta.

"Lambat masuk kerja?" Sindir Wazif.

Aku menoleh ke arahnya. Jaraknya dengan aku agak dekat. Jadi aku menapak sedikit ke belakang.

Aku tidak mengendahkan sindirannya lalu terus menapak ke ofis.

**********************
Aden P.O.V

Aku mengeluarkan telefon. Niat aku nak mesej Iz terbantut bila aku teringat data aku dah lama habis. Haih. Nak pergi topup malas pula.

Rutin aku bila tak ada data atau internet, aku akan semak gallery .

Lead Me, Aden ✓Where stories live. Discover now