Second Day ( tengah hari/ Petang )
Motor yang dinaiki aku dan Aden masuk ke dalam kawasan perumahan Tok Ma. Kelihatan ada sebuah kereta Myvi terparkir elok di perkarangan rumah Tok Ma.
"Kereta siapa tu, Aden?" Tanya aku.
Aden terus memandang kereta yang aku sebut.
"Ohh sepupu aku tu. Nama dia Hanim Amani. Aku kecil-kecil dulu memang selalu main dengan dia bila balik kampung" katanya lalu mengangkat barang di dalam bakul.
Aku mengangguk mengerti.
"Petang ni kita pergi mana?"
"Emm sawah padi nak?" Tanya Aden.
Aku mengangguk laju. Tak sangka kat sini ada sawah padi. Pokok kelapa sawit je banyak aku tengok.
Aku mengangkut barang lalu masuk ke dalam bilik.
Selesai, meletak barang, aku bergerak ke ruang tamu. Kelihatan Tok Ma rancak berborak dengan tiga orang dimana dua orang perempuan dan seorang lelaki. Mungkin seorang perempuan dan seorang lelaki itu merupakan pasangan suami isteri manakala lagi seorang itu anaknya. Anak tunggal mungkin. Oh mungkin juga dia Hanim yang Aden sebutkan tadi.
Aku segera mendapatkan keluarga tersebut lalu bersalaman dengan mereka.
"Yang ini siapa, Tok? Tak pernah nampak pun" kata seorang perempuan yang dalam lingkungan 40 an.
"Oh. Ini kawan Aden. Katanya nak bercuti di kampung. Namanya Izreena. Iz, ni Makcik Hajar. Panggil dia Cik Jar. Yang tu pula Pakcik Wan. Panggil dia Cik Wan je. Ha yang tu pulak Hanim. Muda setahun dari Iz" kata Tok Ma panjang lebar.
Aku melemparkan senyuman ke arah mereka.
"Lama ke dia tinggal dengan kita? Kawan Aden? Rapat ke?" Tanya Hanim bertalu-talu.
Aiseh. Rilek la kak.
"Tak lama mana pun. Rabu nanti saya dah balik. Rapat la juga dengan Aden." Balas aku. Bukan nak toksik tapi dah memang rapat. Haih.
Dia mengangguk.
Kelihatan Aden berjalan ke arah kami dari dapur.
"Hai Aden!! Lama tak nampak!" Kata Hanim teruja. Oh lupa diorang kan memang rapat. Takpe Takpe. Sabar Iz, tahan.
"Lama apa nya? Tiga minggu lepas kan dah jumpa" balas Aden sambil tergelak kecil. Lalu dia duduk di sebelah Hanim.
"Ha Aden, macam mana sekolah baru? Okay? Ramai kawan?" Tanya Pakcik Qarim.
"Okay je cik Wan. Ramai tu tak lah. Setakat ni Iz je yang Aden rapat. Tak lama mana pun Aden sekolah situ sebab Aden dapat tawaran sekolah tahfiz" kata Aden pula.
"Wahh Tahfiz. Dah tu Iz ni boleh ke sekolah kat sana tanpa Aden?" Usik Makcik Hajar.
Muka aku agak merah tapi segera di kawal.
"Boleh je. Lagipun Iz pun memang nak pindah sekolah. Sekolah Menengah Agama." Kata aku pula.
Mereka mengangguk.
"Iz, jom" kata Aden.
Aku memandangnya bingung. Jom? Ohh sawah padi ke..
Aku menaikkan kepala ke kiri sedikit memberi isyarat 'jom'
"Cik Jar, Cik Wan, kami minta diri eh." Kata Aden sopan.
Mereka mengangguk. Kami berdua pun bergerak ke pintu keluar.
"Jauh ke weh?" Tanya aku.
"Tak jugak. Straight dalam 3 kilometer. Lepastu belok kanan belok kiri sampai." Jawabnya acuh tak acuh.
"Naik basikal?" Tanya aku.
" Larat?" Tanya Aden. Soalan dijawab dengan soalan.
"Basikal ni kan 2 in 1. Kalau tak larat kita gabungkan lah. Kau bawa" kata aku lalu tersengih.
"Banyak cekadak kau. Ha ye la." Balasnya. Dia mengambil basikal berwarna biru lalu memberikan basikal berwarna ungu kepada aku. Tahu-tahu je aku suka warna ungu.
" Aden! Nak pergi mana?" Panggil Hanim dari tepi. Aku membuat muka bosan.
"Sawah padi" balas Aden acuh tak acuh.
"Nak ikut!" Kata Hanim lalu mendekati kami.
"Eh! Nim nak naik apa? Mana ada basikal dah" bantah Aden.
"Ala, Kak Iz.. bagi la Hanim bawa. Hanim nak ikut Aden." Kata Hanim lalu menggerak-gerakkan basikal aku. Ceh, basikal aku.
"Hanim, Aden nak pergi dengan Iz la. Kalau Hanim naik basikal tu Iz nak naik apa?"
Melihatkan Hanim hanya mendiamkan diri, Aden menyambung lagi.
"Lainkali eh? Dah jom Iz! Kita race!" Kata Aden dengan nada ceria lalu mengayuh basikal meninggalkan aku.
Aku yang dari tadi melihat drama tersentak.
"Oi tunggu aku!" Jerit aku lalu turut mengayuh meninggalkan Hanim.
Aku mengayuh menyaingi Aden.
Suasana senyap seketika.
"Lead Me, Aden." Kata aku dalam nada berbisik tapi masih boleh didengari.
"Where to?"
Aku tersenyum
"Sawah padi! Here we come!!"
YOU ARE READING
Lead Me, Aden ✓
Romance" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "